Tuesday, May 17, 2011

TEKNIK MARMET: ALTERNATIF UTK BREASTPUMP

Pernah dgr tak teknik marmet ni?? Pada yg tak tau, teknik marmet ni ialah pam susu guna tangan sendiri secara manual.. tanpa bantuan pam2 biasa tu.. Dulu aku ada la terbaca pasal teknik ni.. tp time tu tak terfikir akan keperluannya.. yela, kan da beli breastpump, buat apa nak guna tangan plak.. berlagak btul.. tp bila beberapa hari lepas, nipple aku melecet sampai luka sket, barula kelam kabut nak blajar teknik marmet ni.. memula tu taklah sampai terluka, so aku nak pam la, skali terluka terus.. time tu rasa cuak btul.. mcm mana nak buat ni?? Nak bg direct, lg la makin teruk, nak pam pun tak bole gak.. time tu la baru terpikir nak pasal teknik marmet ni… aku google2 la gak.. tp kejap jer.. sbb time tu nak kuar umah dah.. aku pun main hentam jer picit2 situ.. picit2 sini.. sakit gak, tp bila fikir, kang kalo da kat luar, susah plak nak feed Kimi… hasilnya, dptla dlm 2 oz jer kot…wpun time tu cik b da agak bengkak gak la..

Nasib baik ada gak stok EBM kat umah.. bwk la 2 botol utk bekalan.. time tu sedih gak, rasa stress sbb tak dpt nak express byk.. huhu…. Time jalan2 kat luar tu, aku terus g kat mothercare kat the Curve… mula2 tu cari nipple cream.. pastu ternampak nipple shield.. terus beli… nasib baik Kimi ok jer aku pakai nipple shield tu..

Balik umah, terus sambung google pasal teknik marmet… hasilnya, aku dpt la info pasal teknik ni dr http://azurahanuar.my/memerah-susu-menggunakan-tangan/

Basically, caranya mudah jer..

1. Basuh tangan dengan bersih.

2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.

2. Duduk dengan selesa.

3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.

3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.

4. Ampu payudara.

5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.

6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).

Tolak

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).

9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.

Tolak dan golek

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.

12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.

1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.

2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.

3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

.

.

.

.

.

Bagi aku teknik ni wajib dipelajari oleh semua breastfeeding mummy.. utk emergency case.. contoh mcm kes aku, tak pun kalo tertinggal breastpump ker.. takdela kelam kabut kan.. Mula2 mungkin rasa kekok, tp lama2 ok jer.. rasa syok plak.. haha.. ok, selamat mencuba kwn2!!

nak lg senang, tgk je la video ni...




p/s: lenguh gak jari jemari ni nak bermarmet.. =)


4 comments:

yangyuyu said...

fara, sy penah satu hari tu tertinggal breast shield kat umah...pastu kul 11 nak pam baru sedar tertinggal..konon2 nak guna teknik ni la..siap google sambil try perah..haha kelakar tul..10 minit baru dapt 1 oz..huhu...terus cari kunci keta balik umah jap ambik breast shield..mmg bukan senang kan

fara_poda said...

haah.. tensen jer.. pastu messy btul.. meleleh2.. tp bole la, nak buat back up.. cuma kalo tak kene cara, sakit gak tau..

azurah anuar said...

thanks mama kimi fr linking the entry to my blog.

marmet ini mudah dan bagi sesetengah orang lebih banyak hasilnya dari pam, tapi saya pun tidak biasa ber'marmet'.

cumanya sewaktu pam, disaat2 penghujung tu saya tekan2kan sedikit supaya dapat kosongkan breast.

hope it benefits the others. and kisses to kimi yang comel.

salam ukhwah.

fara_poda said...

thanks kak zura for the info.. sy da follow blog akak.. hehe.. hope can share more with u..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...