Ni entry pertama aku pasal susu ibu. Semoga semua mendapat manfaat dr info yg aku post kat sini...
First skali, aku nak cerita pasal khasiat susu ibu... Susu ibu ni adalah anugerah tak ternilai dr Allah utk setiap anak yg dilahirkan. Takkan ada susu lain yg akan sama dgn susu ibu. Susu enfalac ker, dumex ker, snow ker.. semua takkan sama.. Sedap ke tak ek susu ibu ni?? erm , aku tak penah plak nak rasa.. tp tgk anak aku minum, mcm syok jer.. lemak berkrim kot..haha.. tp tak kesah la, yg penting khasiatnya. Antara khasiat2 susu ibu ialah:
1) Antibodi
Lepas je ibu2 melahirkan anak, akan terhasil susu pertama warna kekuningan.. mcm susu basi pun ada gak.. kuantitnya sgt2 sedikit.. tp khasiatnya sgt2 la byk.. tu la nama dia KOLOSTRUM. Ia mengandungi protein 3x ganda dr susu ibu yg biasa. Selain tu, kolostrum ni kaya dgn antibodi yg mampun melawan jangkitan penyakit.. kira mcm imunisasi pertama utk bayi yg baru lahir.. sbb tu la, SANGAT2 PENTING, baby yg baru lahir disusukan secepat mungkin utk membekalkan kolostrum pertama utk baby tu.. nampak mmg sket, tp jgn risau, sbb perut baby kecik jer, mana ada nak minum byk2.. apa yg dia minum tu insyaAllah cukup utk dia.. Alhamdulillah, masa aku lahirkan kimi, nurse bg aku breastfeed kimi masa masih dlm labor room lg..sgt2 indah waktu tu.. terharu sgt2 dgn keajaiban dan kekuasaan Allah.. huhu~~tetiba rasa macam nak nanges~~
Nampakkan?? tinggi btul khasiat susu ibu..
2) Bersih dan bebas bakteria
Susu ibu mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
3) Tersedia bila2 masa
Aku slalu tgk ibu2 yg susukan anak guna susu formula, mesti kene ada 1 bakul g pasar tu, yg kat dlm tu ada thermos, botol susu, susu tin, berus botol.. kalo travel mesti bwk mende tu ke hulu, ke hilir... lecehnyaaa... Tp kalo kt direct breastfeed.. tak payah bwk semua tu.. bwk diri jer... mcm vending machine bergerak.. hehe.. cuma tak payah susah2 masukkan syiling la.. suhu nya pun sentiasa pada tahap yg paling sesuai..
MALU?? ala, skrg kat byk shopping mall yg ada baby room... senang nak breastfeed (bf) kat situ. tak pun, kalo baby da meraung2.. cr je la tpt tersorok sket, suruh husband cover, pastu bf je la kat situ... takyah nak malu2.. dulu aku pun malu2 gak.. tp skrg, malas pk, agak2 tpt tu ok, aku bf je kat situ... ari tu aku penah tgk sorg ibu ni, bf jer baby dia time tunggu turn kat kaunter bank... selamber jer.. bagus btul..
4) Merapatkan keintiman ibu dgn anak
Masa menyusukan anak adalah 'private' time antara ibu dan anak... time tu anak sgt dekat dgn ibunya... sampai bau ketiak ibu masyam pun baby tak kesah.. baby pun rasa secure sgt bila dpt nenen.. rasa selesa, tenang.. sampai bole tertido!
5) Penjimatan terhebat
The best part of susu ibu.. it's FREE!! bayangkan kalo guna susu formula.. standard RM40 utk 1 tin kecik 400g tak silap... tu tahan dlm 2 mgu jer.. sbln da rm80 just for susu jer... tu tak termasuk diapers lg.. maybe kalo utk ibu2 bekerja, cost for pumping, about rm400(pump), RM40 for storage bottle.. tu jer.. itu just initial cost.. sket je kan, compare kene spend RM80 tiap2 bln.. jimat2..
Byk lg khasiat2 dan kebaikan susu ibu ni sbnarnya.. Ye la kan, Allah mencipta sesuatu tu mesti ada kebaikannya kan.. bknnya sesuatu yg sia2..
So, kesimpulannya, usaha la utk breastfeed baby2 anda... same goes to me.. sama2 la kt berusaha yer wahai ibu2..
1 comment:
setuju...:)
bf kat public dah tak jd masalah... dah biasa..takyah nursing cover bagai...yg penting skill menyelak tu hehehe
Post a Comment