Thursday, December 15, 2011

Kimi masuk wad lg : Part 4 (final)

15/12/11 - Hari ke5 dan hari terakhir.. Fuhhh.. Penat kan baca cerita aku ni.. Da mcm cerpen la plak.. Hehe..
Ok, ari ni kimi semakin sihat dan aktif.. Takde demam.. Cuma selsema and batuk sket2. Doktor check dan confirm bole discharge after amik last round antibiotik..
Mmg happy sgt dpt discharge.. 5 ari kat wad, bole dikatakan sgt lama.. Da 3 ari aku cuti berturut2.. Da la tgh closing.. Hmmm, takpela.. Yg penting kimi da sihat da..

Tgn Kimi bengkak sbb kene balut balut utk masukkan drip.. 5 ari tu kene balut.. patutla kembang giler...

Pengajaran yg aku dpt sepanjang kimi tak sihat ni ialah kene sentiasa pastikan kebersihan terjamin.. Cuci tgn btul2.. Sbb virus ada di mana2.. Dan kanak2 mcm kimi masih dlm proses menguatkan imunisasi diri.. Seperti pepatah, mencegah lebih baik dr mengubati.. Sbb once da sakit, mmg susah.. Mcm2 hal.. Lgpun perbelanjaan perubatan bknnye murah.. Nasib baik medical expenses company dpt cover.. Kalo tak, mmg tak mampu la nk byr..

Selain tu, aku harap taska kimi tu dpt mempertingkatkan kebersihan.. Bkn nak kata kimi sakit sbb jangkit dr taska tu, tp sbg langkah pencegahan.. Kat mana2 pun kene bersih...

Semoga kimi sentiasa sihat lepas nih.. Tiada apa yg lebih menggembirakan selain melihat kimi membesar dgn sihat dan sentiasa ceria..

Kimi ceria dpt kuar dr bilik wad.. bosan duk kat bilik jer.. bwk dia jln2 around hospital..


p/s: Sekarang misi menaikkan berat badan dia blk.. Kimi, mkn byk2 yer syg..

2 comments:

suziekuteri said...

Ayo siannye tgk tgn kimi,bg la scoot emulsion supaya bdn tahan lebih skit.harraz dulu mkn scott emulsion sebab tiap kali naik bulan jer demam.sekarang alhamdullilah da jarang demam. tp bg multivitamin je sebiji sehari. semoga kimi pas ni sihat2 jer selalu eh???

papa_kimi said...

fakta : kimi yg sehat lebih sukar di"kawal" drpd kimi yg kurg sehat.. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...