Monday, August 31, 2009

Cerita Hujung Minggu

Ari ni start keje setelah 3 ari cuti..rasa malas menguasai diri.. so aku meluangkan sedikit masa utk mengomel kat blog aku ni...sblm tu tak terlupa nak wish Selamat Hari Merdeka..rasanya taun ni mmg tak feel sgt.. sbb tgh bln posa...tgk tak byk pun bendera dikibarkan...wpun jalur gemilang tak dikibarkan, tp semangat cintakan negara tu masih menebal dlm diri tau..

anyway, bkn pasal merdeka yg aku nak ceritakan.. aku nak cerita pasal perihal cuti aku di kampung... ingatkan blk nak buat persiapan apa2 yg patut utk raya.. tp tak byk yg aku dpt buat.. kuih raya aku cuma sempat buat kuih semperit.. mmg leceh giler nak menyemperit.. sakit jari2 comel aku ni.. taun depan gerenti aku tak nak buat kuih ni lg!!

pastu ingatkan nak g amik baju raya yg aku tempah... semangat jer.. tp tup2 tailor tu takde kat umah plak... kecewa la aku ngn mak aku..nak mengubat kekecewaan, g la carefour yg tak berapa jauh dr umah tailor tu.. g carefour dgn anak sedara aku si amir tu, mmg menguji kesabaran dan kebijaksanaan aku... rasa macam nak tinggal je dia kat carefour tu...buat2 tak kenal.. haha..

pas g carefour, g kat kedai kain dekat ngn carefour.. dpt gak hasil... aku beli kain ela utk baju famili aku time kenduri kawen aku nanti... hmm.. kira ok la harganya.. corak pun ok... bergaya sakan la famili aku nanti...haha

pasal buka posa plak... mak semangat btul nak masak.. maklumla..last week, berdua je ngn abah kat umah... masak pun simple2.. bila anak2 blk, mcm2 masak... aku solute ngn mak aku ni.. mcm tak penah penat.. aktif giler.. pagi2 bgn sahur, masak...kol 8 g tadarus.. ptg masak utk berbuka... malam terawih n tadarus sampai kol 12.. giler arr..tdo brapa jam jer... kadang2 kesian.. tp dia yg semangat sgt... aku ada la tlg2 apa2 yg patut... kalo aku jd dia, gerenti dah flat giler.. tp apa2 pun aku harap dia sentiasa sehat.. ayah aku pun dah semakin slim skrg.. byk berkebun agaknya.. kadang2 kesian gak... tp bg org tua mcm ayah aku tu, berkebun tu kira mcm bersenam.... so aku biarkan la diorg dgn hobi masing2.. apa yg penting sihat walafiat.. stakat ni alhamdulillah, diorg takde penyakit2 yg serius.. kadang2 terpikir, mampu ke aku nak jd macam diorg bila dah tua nanti...masih sihat wpun usia dah menjangkau 60 thn..

Ok la... tu je aku nak mengomel... nanti lain kali sambung plak cerita pasal anak2 sedara aku.. see yaa..

Monday, August 24, 2009

Resipi Donut- Lembut & Gebu

KOrang tgk gambo donut kat atas ni, agak2 sapa yg buat?? apa rasanya..?? hehe.. ni donut 1st time aku buat... nampak mcm tak berapa nak best sbb bentuk tak comey.. tp rasa nya.. lembut beb!! haha.... tp 2nd time punya laaagggiiii lembut dan gebu... laaaggggiiiii sedapppp... hehe.. memula buat takut tak jadi.. tp Alhamdulillah... semalam buat mmg btul2 menjadi.. mmg puas ati la... so aku nak share resipi ni ngn korang.... aku dpt resipi ni pun dari internet jer... thanks to http://www.myresipi.com/... aku mmg slalu amik resipi dr website ni... selain bole tgk gambo, ada gak org2 yg dah pernah try resipi ni, bg komen... so bole tau la resipi ni ok ke tak...

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
(kalo nak buat sket jer.. kuantiti bhn2 tu pandai2 la bg separuh yer)
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)- ingat..sudu KECIL tau!
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum - ni maybe kene lg byk... sampai doh jd licin & tak melekat
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih. (aku tak sure camne gayanya berbuih tu.. tp agak2 dah 5 min ok la tu)

Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. (lebih kurang 1 jam gak la kot..depends pd byk mana yis). Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari. (Petua mak aku, sblm bentuk2 kan doh tu, uli blk skejap..bg mantap!)

Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit (aku rasa 10 min pun dah ok) atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

Toskan minyak. Salut dgn icing semasa donut itu masih panas. (pas angkat terus letak gula...lambat sket gula tak melekat)

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ari ni dah ari ke-3 Ramadhan... masih belum terlambat lg nak wish Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog aku yg tak berapa nak ramai pun sbnarnya.. hehe... Aku harap semua dpt menjalani ibadah puasa ni dgn sebaik-baiknya yer...

Tgh seronok menyambut ramadhan ni, tetiba aku ter realize yg kemungkinan Ramadhan and raya kali ni adalah yg terakhir utk aku sbg seorg yg SINGLE... woaaahhhaaa... taun depan dah jd isteri org... uhuuu... takuttnyaaaa.... so, kene celebrate btul2 taun ni... apa yg susah sket nak dibuat kalo dah kawen, kene buat sekarang... yg aku terfikir buat masa ni:

  • nak berbuka ramai2 ngn kawan2 dan housemate aku
  • plan raya umah kawan2 secara konvoi...
  • drive sendiri balik kampung (taun depan 'org lain' plak drive.. hehe)
  • Jumpa geng2 kat batu pahat time raya sambil bergossip..hehe
  • Bergaya di hari raya.. alang2 tgh slim ni.. (sbb nanti dah kawen 'allignment' maybe lari sket.. haha)

Ok, tu je aku nak merapu ari ni... bye2..

Monday, August 10, 2009

~~Sebab tu saya suka makan PISANG~~



Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

-Petikan dari http://soleh.net/2007/06/14/khasiat-buah-pisang/

Thursday, August 6, 2009

KEJE OH KEJE...

Dah macam nak give up
bila pk pasal keje...

Hmm.. smlm bos aku kata..
Company tpt aku keje ni..
will be absorbed by other big firm..
very2 soon..

I knew it earlier..
tp buat dunno..
skrg br rasa terdesak..
nak cari keje lain..

aku taknak keje kat that big firm..
coz it's just the same if aku keje kat firm lama aku..
jauh plak tu.. kene masuk KL.. taknak2!!
so, from now on, i really looking for better job...
hope could find one which really suits me... :(

Wednesday, August 5, 2009

Apa ada pada JODOH?




Hmm.. di kala aku tak bz ni..
Terasa nak post blog..

Mesti bosan tgk tajuk blog aku ni..
Benda yg sgt subjektif..
Tp mmg selalunya benda yg subjektif la..
seronok nak dibincangkan..

Hmm.. tajuk ni tetiba terlintas kat fikiran aku..
sbb benda2 yg berlaku kat sekeliling aku..
Ada yg menggembirakan dan yg menyedihkan..
dan ada gak yg...pelik?
Hmm.. macam2 bila tiba soal JODOH..

Apa ada pada JODOH??
JODOH tu adalah ketentuan ALLAH
Setiap org ada JODOH masing2..
cuma mungkin perjalanan nya berbeza..

Aku nak cerita benda yg menggembirakan dl..
Member baik aku br cerita kat aku..
Dia akhirnya dah jumpa lelaki yg mungkin adalah jodoh dia..
dan org tu adalah kawan baik dia sendiri...
Dia gembira coz dpt merasai apa yg mungkin dikatakan cinta..
Alhamdulillah.. aku hepi dgr crita2 camni...
Tp sedikit kelainan, diorg taknak digelar boyfren n girlfren...
but still nak memegang title kawan jer..
Hm.. tak kesah la..yg penting hati masing2..

Cerita kedua plak.. mmg pelik..
Yg laki ngn yg ppuan ni.. kawan baik aku..
Diorg very close to each other...
Sampai tak kesah nak berpegangan tangan
wpun takde perasaan cinta langsung..
Well, pada pendapat aku.. there must be something..
aku dah tanya dia (yg laki).. and if he read this,
i apologize coz masukkan crita dia dlm blog aku.. sorry ek..
Dia kata mmg takde perasaan langsung..
at first, takleh nak cayer.. tp mmg tu la hakikatnya..
Tak semestinya org yg kita rapat akan jd JODOH kita..
Now, both are looking for their own...JODOH
So, just wish them luck ok!


Crita ketiga plak...
Pasal kwn aku gak.. yg dah lama suka kat sorg ppuan ni..
Tp ppuan ni tak layan... sampai la ppuan ni kawen ngn org lain...
Yg kawan aku ni.. mmg kecewa.. tp aku tau, dia redha..
cuma susah dia nak melupakan his first love...
wpun dia mmg ramai peminat... tp dia buat tak layan jer..
Maybe hati dia blumm terbukak lg utk org lain..
Aku sbg kawan, kadang2 rasa simpati, kadang2 rasa geerram gak..
sbb dia takleh nak let go..
But i know.. it's a matter of time..
InsyaAllah dia akan jumpa cinta yg lain...
so far aku tgk skrg dia dah ok...
cuma ayat2 dia jiwang n sentimental.. haha


Ok, come to the sad thing..
Aku baru jer terbaca my fren blog..
Dia baru je putus ngn tunang dia..
it's just 2 mths after the engagement..
Sedih bila dpt tau...
If she might read this post..
i wish her a happy life in near future..
Be strong my dear..
Bila dgr crita camni, aku rasa takut..
Harap2 dijauhkan la..huhu..

Ok, apa2 pun terjadi..
Semuanya ketentuan Allah...
Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..
Kita sebagai hambanya harus bersedia menerimanya..

(tetiba terasa cam Heliza berlakon dlm crita Syurga Cinta..haha)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...