Lg beberapa hari lg Kimi nak genap 6 bln.. Maknanya dia da bole start his first solid food. Mmg excited nak tgk dia makan.. skrg ni pun khusyuk btul dia tgk mama n papa dia makan.. siap meleleh air liur.. kesian btul.. haha.. Pastu semua benda yg dipegang nak masuk kat mulut.. huh.. terpaksa la aku sumbat ngn puting.. sabar yer Kimi.. jaaaappp jer lg.. nanti bole rasa mcm2 makanan…
So, sblm tiba harinya.. sbg mama yg bertanggungjawab dan comel , kene la aku menyediakan apa2 yg patut.. antaranya:
Ice cube tray bertutup – utk frozen kan makanan yg dikisar. Maklumla, aku kan ibu yg bekerja, takde masa nak masak ari2..
Feeding set – da ada 1, tp mcm nak beli lg 1, sbb nak bg kat baby sitter..
Food flask – perlu sbb nanti nak bekal kan kat BS. Takyah dia susah2 nak panaskan.. maklumla, ramai bdk yg dia jaga.
Yeye… Kimi da ada car seat baru!! bln lepas sbnarnya beli car seat nih.. tp baru mgu lepas pakai… Suker2.. sbb ringan, simple, dan MURAH!! Tak sampai RM300 pun.. lama gak survey2, tp tgk semua over bajet, berat plak tu.. tak larat nak angkat.. car seat baru ni jenis convertible.. meaning bole pakai rear facing atau front facing.. so kira sampai umur 4 taun la bole pakai.. kalo tak ganas..
Sblm ni guna yg carrier simple jer tu.. ada jual kat jusco… walaupun da ada car seat baru, carrier ni still aku sukerr… sbb super duper ringan compared dgn yg lain2.. so aku bole angkat ke mana2 dan bole letak kimi dlm tu time nak mkn kat luar.. Penggunaan car seat baru ni terpaksa dibuat sbb kimi skrg da pandai meniarap.. kalo pakai carrier tu, dia bole nak gerak2, angkat kaki nak meniarap.. risau btul kang tergolek plak dia… so, kene la tuka kpd car seat yg lebih besar dan stabil…
Alhamdulillah, Kimi mcm suker jer duk kat car seat baru ni…. Smlm blk dr kg, dia tdo sepanjang perjalanan, dkt 3 jam gak la sbb jem… bagus btul anak mama ni… dpt la mama berehat a.k.a tdo dgn senang hati.. hehe..
Ni baby carrier yg lama tu... tgk kimi, muat2 jer duk dlm tuh..
Baru kelas duk kat car seat baru sambil tgk tv~
Kimi's first ride duk kat car seat.. nampak mcm macho gitu!
p/s: angan2 nak car seat jenama ferrari hanya tinggal angan2 jer.... *sigh*
Umur aku tambah setaun lg…..skrg da 26… walaweh…. mcm da tua jer.. takmo2!! Takpe, jiwa aku masih muda.. haha..
Smlm aku ngn husband amik cuti semata2 nak celebrate besday aku.. first time nih.. rasa excited sgt2… ktorg dating 2 org jer.. kimi awal2 pg ktorg da anta g babysitter.. haha.. jahat kan?? Ala.. skali skala jer.. kalo keje pun anta bb sitter gak kan…
Ari smlm dimulakan dgn bekfas kat mcd… ktorg mmg sgt2 suka bekfas set dia… berger dia sedap giler!! Mabeles…
Pas kenyangkan perut.. terus ktorg g cineleisure a.k.a e@curve... Dlm kol 9.45 da sampai.. awal giler.. haha.. sampai2 kedai semua masih tutup lg.. tunggu la sampai dlm kol 10.30… sempat la aku pump susu skali.. nasib baik la ada member keje kat the curve.. bole tumpang letak susu kat fridge opis dia..
Pastu ktorg g beratur beli tiket wayang.. mula2 ingat nak back to back.. tp mcm tak sempat.. so ktorg tgk 1 cerita jer.. nur kasih…sblm waktu tayangan, ktorg g karaoke.. hobby yg da lama aku tinggalkan sejak ngandung… gian giler kot… so melalak tak hengat la ktorg selama sejam tu… puas2.. haha..
Lepas da melalak, ktorg main foosball dgn pool.. game feveret ktorg bila kuar dating.. haha.. mmg syokkk!! Lg syokk sbb aku menang main pool. Tak sangka…. Penangan birthday girl kot.. heee..
Then ktorg barula g tgk wayang… nur kasih.. mmg best! Berjaya menitiskan air mata aku… hehe… berjiwa sentimental gak aku ni sejak da kawen..rasa mcm nak tulis preview pasal cerita ni la.. erm.. next entry kot…
Kuar panggung, husband sibuk nak tgk mata.. bueekk.. nak ejek la tu.. siap suruh g toilet.. eleh.. tak la merah sgt pun.. nangis sket2 jer..
Lepas solat n pam susu, perut pun lapo.. sbb tak sempat pun lunch td.. mula2 nak pegi Paddington cake house.. skali tgk takde logo halal pun.. so, sbb meragui.. last2 ktorg g la secret recipe… order complete set.. ada appetizer (wantan grg), main dish (tomyam kung) dgn desert (of coz la my feveret- chocolate indulgence).. yummy!
Aktiviti ari tu diakhiri dgn main basketball a.k.a baling2 bola.. feveret gak ni time couple dulu2.. performance tak sehebat dulu… tp still dpt buat high score.. hehe.. berpeluh2 dibuatnya…
Kalo ikut kan hati nak jer dating sampai malam.. tp memandangkan susu yg dipam tu kene amik blk sbb kawan aku nak blk keje da… terpaksala aku blk gak dlm kol 5.30.. terus g amik kimi..
Anyway, aku enjoy the day… len kali nak buat mcm ni la tiap2 taun.. time anniversary.. barula romantic kan? Hee..
takde cake.. husband belikan mini donut.. sgt sukerrr!!! ^_^ tepat kol 12 mlm ktorg mkn donut ni..
gambo dgn kimi jap sblm kuar umah
sambil tunggu kaunter wayang bukak.. amik gambo jap
lepas tewaskan husband at first set
p/s: share same birthday dgn anak owner rumah yg aku nak beli… anak dia sorg lg plak same birthday dgn husband.. sooo coincidence!
Semenjak dua menjak ni, aku punya production tak semeriah mana.. tak sure la sbb apa.. maybe cik N aku sakit kot... tu yg susu merajuk nak kuar tu.. huhu... Harap2 tak lama la... aku saje google2 cr doa utk bykkan susu.. aku jumpa doa ni.. dipetik dr Surah Al-Baqarah ayat 60. Diharap sama2 la kita mengamalkannya.. semoga dimurahkan rezeki anak utk dpt menikmati susu terbaik di dunia ni...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itudua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman) : " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Pernah dgr tak teknik marmet ni?? Pada yg tak tau, teknik marmet ni ialah pam susu guna tangan sendiri secara manual.. tanpa bantuan pam2 biasa tu..Dulu aku ada la terbaca pasal teknik ni.. tp time tu tak terfikir akan keperluannya.. yela, kan da beli breastpump, buat apa nak guna tangan plak.. berlagak btul..tp bila beberapa hari lepas, nipple aku melecet sampai luka sket, barula kelam kabut nak blajar teknik marmet ni.. memula tu taklah sampai terluka, so aku nak pam la,skali terluka terus.. time tu rasa cuak btul.. mcm mana nak buat ni?? Nak bg direct, lg la makin teruk, nak pam pun tak bole gak.. time tu la baru terpikir nak pasal teknik marmet ni… aku google2 la gak.. tp kejap jer.. sbb time tu nak kuar umah dah.. aku pun main hentam jer picit2 situ.. picit2 sini.. sakit gak, tp bila fikir, kang kalo da kat luar, susah plak nak feed Kimi… hasilnya, dptla dlm 2 oz jer kot…wpun time tu cik b da agak bengkak gak la..
Nasib baik ada gak stok EBM kat umah.. bwk la 2 botol utk bekalan.. time tu sedih gak, rasa stress sbb tak dpt nak express byk.. huhu…. Time jalan2 kat luar tu, aku terus g kat mothercare kat the Curve… mula2 tu cari nipple cream.. pastu ternampak nipple shield.. terus beli… nasib baik Kimi ok jer aku pakai nipple shield tu..
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
4. Ampu payudara.
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.
6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).
Tolak
7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
Tolak dan golek
Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.
10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.
Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.
1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.
.
.
.
.
.
Bagi aku teknik ni wajib dipelajari oleh semua breastfeeding mummy.. utk emergency case.. contoh mcm kes aku, tak pun kalo tertinggal breastpump ker.. takdela kelam kabut kan.. Mula2 mungkin rasa kekok, tp lama2 ok jer.. rasa syok plak.. haha.. ok, selamat mencuba kwn2!!