Tuesday, December 24, 2013

Welcome 2014

Alahai...lg beberapa hari je lg nak masuk tahun baru 2014. Time flies. Aku pun da tak ingat apa azam aku taun 2013. Ntah tercapai ke tak...tup2 nak masuk tahun baru. Nampk sgt mcm takde wawasan. Hee...

Sblm masuk 2014, nak recap sket taun 2013 sblm nak ucap goodbye. Bagi aku taun 2013 tahun yg mendewasakan aku. Aku jd mcm matang sket... Ala2 mak2 gitu... Suka baca pasal parenting...suka tgk ceramah2 agama kat tv... Masterchef...drama2 melayu... What a typical malay housewife. Hehe... Selain tu aku jd mcm penyabar sikit... Kurang sket marah2 kat anak... Maybe sbb byk membaca pasal parenting..pasal motivational. Sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku.

Sebahagian besar taun 2013 aku adalah pengalaman mengandungkan irfhan. Rezeki yg sgt dinanti selepas 2 taun lebih planning. Alhamdulillah... Sempat mengandung dan melahirkan irfhan dlm setaun ni.

Dan disbbkan mengandung la aku terpaksa wean off kimi. Susah jgk...terpaksa melalui saat2 sedih, kesian, terharu.. Akhirnya berjaya jgk.. Sampai skrg rindu jgk waktu kimi still bf. Wpun da ada irfhan sambung bf. Sbb setiap anak lain2 pengalaman.  

Cerita pasal keje pulak...taun 2013 ialah first time melalui waktu kene final audit dan year end closing sejak keje kat tpt baru ni. Alhamdulillah can get through.. Tak la stress yg melampau. Dan the best part bila dpt bonus. Da lama gilerr rasanya tak dpt bonus. Last masa dekat BDO. Itu pun dpt half mth je sbb prorate. Dgn duit bonus tu la dpt cover maternity checkup dgn cost bersalin...since bersalin normal, dpt jgk simpan duit extra beli sofa baru.. Hehe... Full leather tuu... Mmg sgt2 mengimpikan sofa baru.. (see..mak2 sgt kan bila part perabot)...

2013 jgk agak menyedihkan bila embah (nenek belah abah) meninggal pada umur 90+ tak silap. The one and only grandma yg tinggal.skrg da takde lg.huhu. So first time raya taun ni tanpa embah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditptkan di kalangan org2 yg beriman.

Ok cukup stakat ni. Segala yg berlaku ada hikmahnya. Looking forward for more challenging  experience ahead. Semoga 2014 lebih baik dr taun2 sblmnya... InsyaAllah...

Tuesday, December 10, 2013

Irfhan Daniel : 2 months

11.12.13: Nice number.Yey!! Irfhan da genap 2 bulan. Maka dgn ini cuti panjang aku sudah tamat. How time flies. Da start keje da pun. Rasa mcm tak cukup je cuti 2 bulan... Drama2 tv yg hari2 aku follow pun tak habis lg.. *sigh*

Irfhan pulak da semakin semangat. Rutin harian pun da semakin teratur.. Tido, main, susu, pegi taska. Tak susah la nak jaga. Cant wait to see his smiling. Soon..its very soon...

Tuesday, November 19, 2013

Irfhan Daniel : 40 days

Yey!! Hari ni last day berpantang...  bole la g jalan2 lepas ni.. Tak payah pakai bengkung lg, stokin dan param. Hehe...

Alhamdulillah... Irfhan pun da makin 'semangat'. Lenguh tgn dukung dia...berat masa dia 37ari (pegi enjet) 4.9kg. Mcm 1 kampet beras dah..

Bila anak mengembang, mak nya pulak beria nak 'mengecut'. Ada lg dlm 2-3kg lg nak turun ke berat bdn sblm bersalin. Breastfeed paaling membantu. Lepas pantang ni bole la nak bersenam (konon2). Harap dpt slim blk seperti dulu.hehe.

Ok, skrg tgh fikir nak makan kat mana mlm ni nak celebrate abis pantang... Ermmm.. Tu pun nak celebrate kan?? Haha.. Tak kesahla.. Reward diri sendiri.. Why not...

Thursday, October 31, 2013

Irfhan Daniel : 20 days

After 20 days.. Here is Irfhan Daniel.

Makin tembam...

Wednesday, October 30, 2013

My 2nd baby

Alhamdulillah.... Syukur atas kurniaan Allah...

11.10.13 jam 11.40 pg..aku slamat melahirkan anak ke-2 secara normal.. Berat sama mcm Kimi dulu. 3.2kg. Bersalin awal 1mggu.

Skrg da hari ke 20 berpantang... Berat baby pun da 4kg... Alhamdulillah skali lg dpt breastfeed dan dikurniakan susu yg byk.. Harap dpt continue bf sampai 2 taun.

Ktorg bg nama Irfhan Daniel. Maksud Irfhan : bijaksana. Daniel : nama nabi yg bermaksud ALlah itu hakim ku . Semoga menjadi anak yg bijaksana dan sentiasa mengingati Allah..

Sunday, February 17, 2013

Syukur kerana bertambah "Rezeki"

Tok! Tok! Tok! Assalamualaikum...

Hehe.. Lama da tak jumpa kan?? Rindu btul nak tulis blog.. Kadang2 masa tak mengizinkan.. kadang2 malas.. hehe...

Mesti bila baca tajuk blog tu.. tertanya2 'Rezeki' apakah tu??

Alhamdulillah... rezeki yg diharap2kan akhirnya dimakbulkan juga...

Pagi semalam aku buat pregnancy test..  dan inilah hasilnya........




Tak sangka... tanpa apa2 tanda... tetiba jer dapat "double line" ni.. Fuhhh... Happy sgt2 bila tgk test kit tu...
Tapi at the same time.. risau.. sbb kimi still breastfeed lg... Mmg ada plan nak wean off secara naturally... tp skrg ni nampaknya kene la drastik sikit.. huhu...

"Kimi, sorry eh.. Kimi da big boy.. Tak bole minum susu mama... **tek mama sakit.. huuuuu"

Tula dialog yg slalu aku cakap kat kimi skrg ni.. Sedih woooo.... tp kene cekalkan hati jgk.. Tgk sebulan nanti macam mana.. berjaya ke tak.. huhu...

Monday, January 14, 2013

Kimi is on camera!

Saje jer nak tepek gambo Kimi kat blog ni sempena dia 2 tahun. Tahun lepas aku sempat compilekan gambo2 dia utk umur 1 tahun. Siap buat photobook. Taun ni tak sempat la... So letak jer la gambo dia kat sini sebagai kenang-kenangan.....

Masa kat carrefor tak silap... Mama nak beli tak mampu... haha


Reaksi nak merampas handphone..


Time raya 2012..

Kimi with his cousin.. Daus..


Kat tasik Y... 

With Tok Bah.. nak larikan diri...


His favorite sport.. 

Tak sempat pakai baju.. sibuk nak tgk video

Kimi on the ride kat One Utama... 

Kat Melaka Wonderland.. sunburn!

Mama n papa yg over.. 

Excited!

Menghabiskan kerepek pisang dlm balang sehingga menjilat penutup.. 

Tu jerrr... hehe... nanti lain kali upload lagi.. daaa....


Thursday, January 10, 2013

Kimi - The Perfect 2

Alhamdulillah…. 8.1.2013… genap kimi 2 tahun.. Yey!! Anak mama da besarrrr…….
Waaa…… terharu…. T_T  Tercapai jgk hasrat susukan kimi sampai 2 tahun.. Even sampai sekarang pun masih menyusu walaupun da start bagi susu kotak sbg ganti…  So sekarang target nak wean off dlm masa 3 bln…. Doakan aku berjaya yer.. huhu..

Jom kita tgk apa kerenah/pencapaian Kimi setakat 2 taun ni:

Da pandai main game kat tablet – main puzzle2 yg simple, tgk video, tgk youtube, tekan sana, tekan sini… Mmg kalo takde tablet tu penat jgk nak layan dia.. Akibat dari kehebatan dia guna tablet, sampaikan semua skrin dia nak touch2 gitu… skrin tv, skrin laptop… ko ingat semua bole touch screen ke Kimi oooiii… Tunggu papa beli smart tv. Mungkin time tu bole la nak touch2 je screen tu pilih cerita katun..
Da pandai good manner… contoh macam susun kasut sendiri, kemas balik mainan, buang sampah, bg salam bila masuk umah… seronok sgt bila dia bole buat semua tu…. Semoga berkekalan2 la perangai2 baik dia ni.. (suami aku kata ikut perangai dia.. ye la tu… )

Disebalik tu, ada jgk perangai dia yg tak berapa nak baik sgt la.. haha.. contoh mcm sgt kedekut dgn mainan sampai sanggup nak cubit bdk lain.. huh. Garang woo abang long kita nih.. Selain tu, bab puting mmg payah nak lepas.. melekat jer kat mulut.. tp kalo kat taska, kakak yg jaga tu kata tak pakai pun. Bole jer tido sendiri.. bila kat umah jer dia ngada2 lebih… hmmm….

Tgk tu.. puting besarrr melekat jer kat mulut.. tak macho langsung!

Kartun kegemaran dia sekarang ni ialah Ultraman ataupun Man-man ikut bahasa Kimi. Pantang kat tv ada man-man, mesti sanggup duduk diam kat sofa.. khusyuk giler… Sekarang katun2 mcm mickey mouse ker, dibo ker, da tak layan da.. nak cerita katun yg ada lawan2 jer.. Mmg anak lelaki betul…

Ni man-man kesayangan Kimi... Adiah dari nenek dia.. 

Bab tido pulak, dia da tido kat tilam sendiri.. tp still bilik sama la sbb masih nak nenen time malam2.. Skrg tido kalo tak cecah kol 10.30  mlm mmg susah. Makin lama makin lambat pattern dia tido… Bangun pulak lambat sket la drpd sebelum ni… ktorg da nak pegi keje baru dia bangun.. pastu mula la mcm bad mood tak puas tido…

Macam2 perangai budak yg tgh membesar nih.. Tp hati sgt puas dpt melihat sendiri perkembangan dia setiap hari. Daripada sekecil2 nya sampai la dia da pandai melompat, berlari, main bola, mkn sendiri…  Suatu pengalaman baru buat dia dan jgk mak bapak dia ni.. gembira, tenang, sedih, emosi, penat, stress.. mcm2 perasaan ada… So beruntungla pada sapa2 yg memiliki anak..

Untuk Kimi, kalo Kimi da besar, da pandai baca blog mama ni (kalo wujud lagi la.. ) mama nak ucapkan Selamat Hari Jadi.. Semoga Kimi membesar dgn sihat…. Menjadi anak yg soleh sebagai bekalan mama dan papa dia akhirat kelak…. Melihat kamu gembira setiap ari sudah cukup membahagiakan.. hilang segala sakit contraction time melahirkan kamu dulu…  

Untuk Papa Kimi pulak, terima kasih kerana sentiasa memberi support dgn penuh kasih sayang sepanjang 2 tahun ini. Penat lelah melayan Kimi setiap ari sgt2 dihargai.. Semoga kita dapat sama2 membesarkan Kimi dgn sebaiknya..

Alamak…emo pulak aku time nak ujung2 entri ni.. Haha. Korang layan jer la kan..






Semoga berjumpa di lain entri.. See yaa…

P/s: payah benoo nak cari gambo kimi yg tersenyum riang.. salalu akan jadi blurr sbb byk sgt pergerakan.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...