Waaa…… terharu…. T_T
Tercapai jgk hasrat susukan kimi sampai 2 tahun.. Even sampai sekarang
pun masih menyusu walaupun da start bagi susu kotak sbg ganti… So sekarang target nak wean off dlm masa 3 bln….
Doakan aku berjaya yer.. huhu..
Jom kita tgk apa kerenah/pencapaian Kimi setakat 2 taun ni:
Da pandai main game kat tablet – main puzzle2 yg simple, tgk
video, tgk youtube, tekan sana, tekan sini… Mmg kalo takde tablet tu penat jgk
nak layan dia.. Akibat dari kehebatan dia guna tablet, sampaikan semua skrin
dia nak touch2 gitu… skrin tv, skrin laptop… ko ingat semua bole touch screen
ke Kimi oooiii… Tunggu papa beli smart tv. Mungkin time tu bole la nak touch2
je screen tu pilih cerita katun..
Da pandai good manner… contoh macam susun kasut sendiri,
kemas balik mainan, buang sampah, bg salam bila masuk umah… seronok sgt bila
dia bole buat semua tu…. Semoga berkekalan2 la perangai2 baik dia ni.. (suami
aku kata ikut perangai dia.. ye la tu… )
Disebalik tu, ada jgk perangai dia yg tak berapa nak baik
sgt la.. haha.. contoh mcm sgt kedekut dgn mainan sampai sanggup nak cubit bdk
lain.. huh. Garang woo abang long kita nih.. Selain tu, bab puting mmg payah
nak lepas.. melekat jer kat mulut.. tp kalo kat taska, kakak yg jaga tu kata
tak pakai pun. Bole jer tido sendiri.. bila kat umah jer dia ngada2 lebih… hmmm….
Tgk tu.. puting besarrr melekat jer kat mulut.. tak macho langsung!
Kartun kegemaran dia sekarang ni ialah Ultraman ataupun
Man-man ikut bahasa Kimi. Pantang kat tv ada man-man, mesti sanggup duduk diam
kat sofa.. khusyuk giler… Sekarang katun2 mcm mickey mouse ker, dibo ker, da
tak layan da.. nak cerita katun yg ada lawan2 jer.. Mmg anak lelaki betul…
Ni man-man kesayangan Kimi... Adiah dari nenek dia..
Bab tido pulak, dia da tido kat tilam sendiri.. tp still
bilik sama la sbb masih nak nenen time malam2.. Skrg tido kalo tak cecah kol
10.30 mlm mmg susah. Makin lama makin
lambat pattern dia tido… Bangun pulak lambat sket la drpd sebelum ni… ktorg da
nak pegi keje baru dia bangun.. pastu mula la mcm bad mood tak puas tido…
Macam2 perangai budak yg tgh membesar nih.. Tp hati sgt puas
dpt melihat sendiri perkembangan dia setiap hari. Daripada sekecil2 nya sampai
la dia da pandai melompat, berlari, main bola, mkn sendiri… Suatu pengalaman baru buat dia dan jgk mak
bapak dia ni.. gembira, tenang, sedih, emosi, penat, stress.. mcm2 perasaan ada…
So beruntungla pada sapa2 yg memiliki anak..
Untuk Kimi, kalo Kimi da besar, da pandai baca blog mama ni
(kalo wujud lagi la.. ) mama nak ucapkan Selamat Hari Jadi.. Semoga Kimi
membesar dgn sihat…. Menjadi anak yg soleh sebagai bekalan mama dan papa dia
akhirat kelak…. Melihat kamu gembira setiap ari sudah cukup membahagiakan..
hilang segala sakit contraction time melahirkan kamu dulu…
Untuk Papa Kimi pulak, terima kasih kerana sentiasa memberi
support dgn penuh kasih sayang sepanjang 2 tahun ini. Penat lelah melayan Kimi
setiap ari sgt2 dihargai.. Semoga kita dapat sama2 membesarkan Kimi dgn sebaiknya..
Alamak…emo pulak aku time nak ujung2 entri ni.. Haha. Korang
layan jer la kan..
Semoga berjumpa di lain entri.. See yaa…
P/s: payah benoo nak cari gambo kimi yg tersenyum riang.. salalu akan jadi blurr sbb byk sgt pergerakan..
1 comment:
kimi membesar dgn sehat dan kuat.. yohohooo...
Post a Comment