Tuesday, July 28, 2009

LANGKAWI...tamatnya sumpahan Mahsuri..

26-27 jUNE 2009 - Seronok dan teruja bila hari yg ditunggu2 tiba.. Aku, Azmil, Fiez and Tajul (my x-schoolmates) g cuti2 ke Langkawi... Kenapa mesti Langkawi?? tu kene tanya En. Azmil (nak g tpt yg bole naik flight katanya... ) Wpun dah penah pergi beberapa kali sblm ni, aku rasa this is the best Langkawi vacation ever! coz g wif kawan2.. 4 org jer.. just nice.. and this vacation does not focus on shopping (mcm slalu g dgn mak2), it is more to jalan2..


Kat Langkawi, ktorg stay kat Amzar Motel.. the price, not bad. RM45 per night.. ada tv, queen bed, toilet, aircond.. Location pun nice.. sbb dekat sgt ngn pantai dan kedai2.. makan pun senang.. (Amzar Motel kene byr aku ni for the advertisement..)



Amzar Motel


First day, ktorg g Island Hopping.. first time try this kind of activity.. mmg seronok.. ktorg naik boat ke Tasik Dayang Bunting... Eagle feeding.. and mandi kat pulau mana ntah, tak ingat.. Disebabkan aktiviti ni la... kulit aku jd tidak secerah dulu.. wpun sekejap je, tp dah memadai nak jdkan aku muka cam nelayan2 yg baru pas tangkat ikan.. harap2 cepat2 la kembali kepada asal.. huhu..

Island Hopping


Pas menggelapkan diri, ktorg g plak jalan2 naik keta sewa g Air Hangat, Durian Peringin Waterfall dan Wildlife Park.. Tp ktorg sgt2 kecewa bila g kat Air Hangat ngn Durian Peringin tu... sedih giler tgk keadaan nya.. yg Air Hangat tu tgh renovation.. but still open for public.. Pelik, kalo dah renovation tu, tutup terus la.. takyah nak open for public.. Keadaan mmg teruk giler.. kolam2 nya dah serupa mcm loji kumbahan.. Malu giler kat foreigner yg dtg.. diorg mesti lg kecewa.. Ingatkan nak ubat kekecewaan, g la kat Durian Peringin Waterfall .. tak jauh dr situ..tp kecewa gak sbb tak best pun.. air tak la sejernih yg disangka... so jap je ktorg g situ.. Then ktorg g Wildlife Park.. ni tak termasuk dlm plan, tp g gak sbb takde tpt lain dkt2 situ... Tiket RM12.. rasa mcm mahal memula.. tp bila masuk, rasa seronok sgt.. sbb dapat berhubungan secara langsung ngn haiwan2 yg ada.. and haiwan2 tu pun mcm frenly jer...



At Wildlife Park


Malam plak ktorg makan seafood kat Nelayan Seafood.. Sedappp... harga pun berpatutan ngn bajet ktorg.. wpun servis agak lambat.. tp puas ati la.. Kat sini takde gambo, sbb ktorg focus nak makan.. hehe.. blk dr makan, ktorg lepak kat pantai cenang sambil tgk bintang dan borak2.. wpun ngntuk giler time tu, layankan je la...



Esoknya awal2 pg ktorg sambung mandi kat pantai cenang.. sekali lg, menambahkan kegelapan kulit aku.. wawawa.. pas mandi, g kat Cable Car plak... nasib baik cuaca agak baik wpun sedikit mendung... mmg permandangan paling cantik yg aku pernah tgk... rasa indahnya alam ciptaan Allah... at the same time, rasa kagum gak dgn contractor2 yg buat projek cable car ni.. mampu nak naik gunung utk membina platform kat atas tu.. hebat2..



Nice view at Cable Car



Pas Cable Car, ktorg blk bilik for check out.. Then, g lunch.. kecewa ngn harga, udang RM8 sekor.. ceh, kalo tau awal2 tak mkn kat situ.. Pastu g snake santuary.. sekali lg dikecewakan.. rupa2 nya dah tutup dah tpt tu.. menurut penduduk kat situ, dah tutup sbb dah pupus kot.. sedih btul.. then, g plak pantai pasir hitam.. mmg unik pasir kat sini, sbb itam.. but worse thing is, tpt tu mcm tak terjaga..byk sampah merata2.. skali lg rasa malu ngn foreigner yg datang..huhu

Pantai Pasir Hitam yg itam


Ktorg sambung penjelajahan ktorg ke pekan kuah.. kalo g kuah, apa yg penting ialah.. SHOPPING!! wpun tak focus sgt kat shopping ni, tp still ktorg masukkan dlm tentative plan ktorg.. apa yg aku beli juz coklat sket, towel (mak aku pesan), tshirt rm5 for souvenir... dah takde bajet dah actually.. huhu..


Pas mkn malam kat jetty kuah, ktorg bergegas ke airport... tp malangnya flight delay sampai 12.30 mlm sbb cuaca hujan.. ktorg pun lepak n tdo la kat airport tu.. tido2 ayam jer..

Sampai kat KL lebih kurg kol 2.. tkleh blk umah terus sbb lrt operate lg time tu.. so ktorg stay kat situ dulu.. sejuk giler kat LCCT.. org pun ramai gak.. maybe sbb byk flight delay time tu.. ktorg pun cr la port nak tdo.. wah, semua seat full!! nasib ada 1 row tinggal.. tp, kat situ la tpt paling sejukkkk sekali.. sbb dah takde tpt lain, ktorg tdo je la kat situ.. aku rasa 1 jam je aku dpt bertahan, pastu tak larat aku ajak azmil kua... lega sket dpt pekena megi cup n milo panas.. pastu ktorg lepak je kat luar, duk atas lantai.. terasa mcm org yg takde umah.. wawawa... pas mkn baru senang nak tdo.. kol 5 ktorg gerak naik bas ke kl sentral... kat dlm bas nyenyak giler tdo..lantakla driver bas bwk laju nak mampus.. aku tdo gak..

Aku rasa sgt berpuas hati ngn vacation kali ni... actually vacation kat mana2 pun tak kesah, tp yg penting, dgn sapa kt pegi and activiti apa yg kt bole buat.. so, thumbs up for this time vacation!!



Thanks Langkawi!! Sehingga berjumpa lg..


Monday, July 20, 2009

~~PETUA MENDAPAT PASANGAN~~


Dah lama tak post kat blog... maklumla.. masa mencemburui... so, mcm biasa, bila dah takde idea nak post apa.. kt cut and paste jer apa2 info yg kt jumpa.. hehe.. ni aku terjumpa 'Petua Mendapat Pasangan dari Dr Fadhillah Kamsah.. ada 60 semuanya.. tp aku listkan 21 yg aku rasa menarik.. (kang aku letak semua, jenuh nak membac anya)...

Petua ni aku tujukan utk semua kawan2 aku yg belum ada pasangan mahupun yg dah ada... ;) Semoga semua berjaya mendapat pasangan yg diredhai...

Petua Mendapat Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


4. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


5. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


6. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


7. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


8. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


9. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


10. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


11. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


12. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


13. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


14. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


15. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


16. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


17. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


18. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


19. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


20. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


21. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Sunday, July 5, 2009

Kumbang menyunting Bunga di taman (con't)

(con't)...

Smlm aku baru je g amik cd gambo dr hafsah.. wow, siap letak reben lg.. hehe.. dgn semangat berkobar2 aku pun tgk hasil keje adik hafsah ni.. Alhamdulillah.. cantik! mcm professional.. bole bukak studio sendiri ni..

Here are some of the pics... yg lain2 tgk kat facebook eh..






Wednesday, July 1, 2009

Kumbang menyunting bunga di taman

27 June 2009- Ari yg aku tunggu2 berlalu sudah... rasa legaa semuanya berjalan lancar... kadang2 rasa tak sangka.. tgk cincin kat tgn.. eh, dah jd tunangan org rupanya aku ni.. hehe.. masa jalan macam laju jer.. terasa cam baru je smlm usha2 si azmil kat kelas.. hehe..
Masa kenduri kat umah aku , ramai gak yg dtg.. sedara2, jiran2, kawan2.. nasib baik guna catering.. kalo tak, pengsan famili aku.. wpun pakai catering,tp still rasa letih sgt... macam2 keje kene buat.. mak aku siap masak soto lg.. takut mknn tak cukup.. pagi2 lg aku dah bgn.. rewang2 apa yg patut... maybe sbb penat sgt, jari aku terluka.. kene pisau time potong halia.. bila aku tgk darah byk.. rasa cam nak menangis (mmg dah nangis btul da).. bkn sbb rasa sakit (sakit gak sket).. tp sbb risau ada apa2 yg berlaku. mmg berdarah manis btul aku time tu.. btul2 ari aku nak tunang.. hasilnya, berparut la sket jari aku..

ari aku tunang tu, aku upah mak andam make-up kan aku.. tu la first time aku make up tebal2.. terkejut bila tgk cermin.. beso btul mata aku.. haha.. anyway, so far puas ati gak mak andam tu make up.. juz kalo mata tu tak over sgt, better sket la..

tak best cerita kalo takde gambo.. emmm.. ramai dah tanya pasal gambo...nanti aku upload kan.. skrg ni photographer tgh edit2 apa2 yg patut.. hope, cantik la yer..

(to be continued)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...