Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Kota Kinabalu - Bulan Madu yg tertunda

Yeay!! Berjaya jgk menjejakkan kaki ke Sabah last week.. Begitu besar cabaran kami, sehingga tertinggal flight 2 taun lepas.. Habis punah harapan kami.. Tp kami tak putus asa.. Book lg tiket Air Asia... Akhirnya tercapai cita2... Walaupun bukan berdua.. tp still rasa puas..

Kimi da tak sabar nak naik flight.. merenung jauh...


Memandangkan masa cuma ada 3 hari jer, tak byk tempat pun yg ktorg pegi.. First destination is Muzium Sabah.. Apa ada kat situ?? errr...ada tulang ikan paus(tak silap aku) besar nak mampus.. mcm ala2 tulang dinosour dalam cerita Night At the Museum tuh.. (sorry, gambo takde sbb tak bole amik gambo kat dlm muzium).. then ada la salah silah negeri Sabah.. Sapa yg subjek Sejarah A+ sure suka masuk muzium nih.. Tak lama ktorg kat situ... sbb da nak tutup..

Dpt gambo kat luar jer.. tgh ujan time nih.. *ignore baju kimi yg seksi tu*

Lepas check in kat Cititel Hotel, ktorg g cari tpt mkn plak.. Tak tau nak makan mana, ktorg pegi la kat Tanjung Aru... Try la mkn seafood dia.. Bole tahan... tp harga dia lebih kurang kat KL jer.. Sbbkan da malam, tak dapat la nak jalan2 kat pantai kat situ..

 
Ni JE yg ktorg mkn....

Hari ke 2, pagi2 lg ktorg bersiap pegi ke Jesselton Point iaitu jeti utk ke Taman Tunku Abdul Rahman yg terdiri dari beberapa pulau-pulau kecil.  Ktorg breakfast kat situ sblm naik boat ke Pulau Manukan..
Sampai kat Pulau Manukan, agak terpesona dgn kehijauan dan kejernihan air dia.. bole nampak ikan2 berenang beramai2.. TAPIIII.. sedikit kecewa bila kat pantai dia terapung mcm2 sampah.. adoiii aiii.. sedih btul.. terpaksa cari port yg bersih sket.. baru berani nak mandi.. Bg aku best lagi pantai kat Pulau Pangkor kot.. 

Kat Jesselton Point.. *credit to Kimi's sunglasses*


Entrance Pulau Manukan


Tau tak kenapa kimi nangis?? Sebab takut pijak pasir... alahai, manja btul la... 

Balik drpd pulau, ktorg kemas2 utk check in kat hotel lain plak.. kat Sabah Oriental Hotel.. saje beralih angin la plak kan.. Lepas rehat2.. ktorg decide nak pegi ke Lok Kawi Wildlife Park.. iaitu lebih kurang 25km kot dr KK... agak jauh jgk... Malangnya, sbb kan da petang sgt, dan jauh plak rasanya, ktorg pun berpatah balik ke hotel.. Kecewa jugak sbb tak dapat pegi.. Lepas lepak2 kat hotel, ktorg pegi ke Tanjung Aru semula.. nak tgk sunset sambil nak belanja Mak Ucu mkn (tapi tetiba Mak Ucu plak yg belanja ktorg.. terbalik sudah)..

Sunset dekat Tanjung Aru...



Hari ke 3 dan terakhir, ktorg g shopping kat Pasar Filipina.... Tak byk yg ktorg beli.. Cuma cenderahati, brooch mutiara dan tak lupa ikan kering dan kuih cincin.. Mungkin disebabkan masa suntuk+gaji tak dpt lagi+malas nak angkut byk2, ktorg beli apa yg dan jer.. Jom layan gambar...

Pasar Filipina juga dikenali sebagai Pasar Kraftangan sbb mmg byk jual2 brg2 kraftangan mcm perhiasan mutiara, ukiran kayu, keychain dll

Nampak tak tukang jahit kat tepi2 tuh.. mmg kat sini sapa2 nak jahit jeans/seluar ker bole dtg sini.. yg menariknya, semua tukang jahit nih LELAKI dan agak berumur.. hebatkan??


Ni kat pasar ikan kering.. Selain kraftangan, mknan mcm ikan kering dan udang kering jg sgt femes utk dibawa pulang.. lg 1, kuih cincin tuh.. sedap wooo..

Ok, itu jer cerita kat KK... sebenarnya teringin sgt nak pegi ke kaki Gunung Kinabalu.. tapi jauhhhh sgt.. maybe next time la kan.. Anyway, happy sgt dpt bercuti2 kali nih... aku suka melihat tpt org.. bak kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas permandangan tapi abis duit di tangan..'  haha.. tak sabar for next trip.. ke mana plak yer??

p/s: letih travel ke KK tak hilang lg.. masih rasa sengal2 badan..


Tuesday, May 15, 2012

2nd Anniversary @ Colmar Bukit Tinggi

Hai kawan2,

Ari ni saya takde byk keje.. so nak update blog.. Nak cerita pasal anniversary 4.4.2012 ari tu.. Kira cerita lama la nih.. Tapi nak jgk tulis kat blog sbg kenangan sy sendiri.. Sebenarnya keputusan nak pergi Bukit Tinggi nih last minute jer.. Pg 3hb tu google, ptg terus decide nak pegi mlm tu jgk.. haha.. Asalnya ingatkan mintak cuti, nak g dating berdua jer.. tp since da kene overnight, terpaksala bwk Kimi skali.. hehehe.. Dating tu lain kali lah...

Perjalanan ke Bukit Tinggi tu tak lama.. dlm 1 jam setengah jer.. Lalu lebuhraya pantai timur (jln nak pegi genting tu) sampai kat Exit tulis Bukit Tinggi.. Exit tu tak silap lepas exit Genting... Agak sunyi jgk jalan kat situ.. dah la ktorg sampai mlm.. so rasa seram2 gak.. haha.. (biasala org penakut mcm ktorg).. Nasib baik tak lama.. Sampai2 jer terus check in hotel kat Colmar Bukit Tinggi.. Memandangkan da ngantuk punya pasal dgn suasana yg sejukk.. malas nak jalan2 keluar.. Ktorg lepak jer kat bilik hotel.. Best wooo.. sejuuukkk jer.. Kimi tido nyenyak btul..

 
 Overall view.. ada mcm kat Perancis tak?? ada kannn??

Bgn pagi, ktorg pegi breakfast kat cafe hotel tu sambil menghirup udara segar.. Suasana kat situ sgt tenang dgn berlatar belakang kan bangunan ala2 perancis nih... Yela kan, hajat nak pegi Perancis tak kesampaian, dpt pegi sini pun jd la.. huhu.. Lepas perut da kenyang, ktorg jalan2 kat area situ.. Naik menara (nasib ada lift ko!).. Tgk angsa ganas  besar giler , tgk ikan.. tangkap2 gambo mcm model... main kejar2 mcm filem industan   Seronok2.. Pastu pegi terjun kolam plak.. Aku tak join la, malas nak tuka2 baju..

View dari menara plak..

 Angsa ni nak ngorat saya... saya layankan jerr... *wink*


Captured guna self timer jer nih... takde org nak amikkan gambo...


 Ni antara aktiviti2 yang ada... Ada horse riding, cycling, paintball, flying fox, jungle trekking, wall climbing.. main pool... mcm2 la.. tp tak sesuai dgn ktorg nih...

Tengahari, lepas lunch (mkn megi jer pun, kat sini mknan mahal nak mampuih), ktorg g ke Japanese Village.. Naik open air bus yg disediakan.. Sampai jer, ktorg terkejut.. ooo makk aiihhh, tinggi nyer bukit nak didaki.. Mmg menguji fizikal ktorg nih.. Dgn nak angkut Kimi lg...  Huh!! Lenguh gak kaki nih.. da lama tak exercise.. Kat Japanese Village nih takdela byk benda yg menarik sgt pun.. Ada la rumah Jepun kat sini.. tu pun nak masuk kene pakai Kimono yg kene sewa dgn harga RM25 sepasang.. Kalo korg nak masuk tak?? Ktorg tak sanggup la... So lepak2 jer kat situ.. ada gak pondok ala2 jepun kat situ.. kecik jer.. amik la gambo sket2..
Nampak?? Tinggi kan? Teringat bukit tonggek kat Menara SAAS Uitm


 Mcm2 ada kat atas tuh.. buktinya ada papan tanda nih... haha.. tak tau kat mana sebenarnya.. yg aku tau Japanese Village tu jer..

 
 Tu diaa Action Kamenn sedang cucuk langit.. wahahaha..


Lepas balik dr Japanese Village, ktorg check out hotel dan terus keluar menuju ke RnR highway tu... Sbb tgh lapo giler.. yela, lunch megi jer kan.. Pastu, since hari masih muda, ktorg pun decide nak singgah g Genting Highland plak.. Hehe...

Ktorg sampai da nak maghrib, so tak stay lama pun.. ajak kimi naik 1 ride jer... Punya teruja dia.. Mcm menang motor(over mama kimi ni tau!)... Pas naik ride, mula la lapo dan haus (mcm takde kaitan), so ktorg mencari makanan yg setanding dgn taraf kami..  Nasib baik ada sweet potato.. tu jer yg setanding dgn kami.. pusing2 lg ingatkan nak beli ice blended ker.. tp semuanya mahal... merajuk, terus balik umah.. (seriously, merajuk btul dgn pihak genting highland yg charge harga mknn mahal2 ni tau)...



 Love this pic.. nampak sempoi... thanks for the photographer.. =)
p/s: taun depan punya anniversary kt dating yer bang!


Saturday, February 11, 2012

Menuju puncak : Cameron Highland

Poyo je kan tajuk tu... Mcm tinggi noo cameron tuh.. Huh..

Ok dlm entri ni, aku nak cerita pasal family in-law punya vacation last 2 weeks... Da lama tak pegi cameron.. Last seingat aku 2 taun lepas, tu pun singgah jer, dlm perjalanan dr kelantan ke kl...

Hari Pertama
Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 10.30pg... Dan tiba di Tanah Rata lebih kurang pukul 4ptg.. Lama kan??? Biasalah, time cuti panjang...highway pun jem... Pastu kami guna jalan Simpang Pulai..mmg agak jauh.. Kononnya nk elak jln pusing2... Da nk sampai area Brinchang, jlm jem yg amat... Jenuh tunggu..rupa2nya sebab ada pasar mlm kat Brinchang tuh... Huh... Pasar mlm ni dibuka bila cuti weekend atau public holiday jer...

Kat Tanah Rata kami stay kat Puncak Arabella (oh sbb tu tajuk entri menuju puncak)... Kami sewa 1 apartment 3 bilik dgn ruang tamu yg sangat besar. Dapur memasak, peti ais pun ada disediakan jugak.. harga sewa?? erm, meh refer SINI

So memandangkan kami sampai ke Cameron agak lewat, maka destinasi kami cuma Pasar Malam Brinchang... Agak kecewa.. jalan dari Tanah Rata ke Brinchang pun sgt2 jem.. padahal dekat jer.. rasa tak sampai 10km pun.. tp nak buat mcm mana.. ramai benor org g Cameron time nih.. huhu..

Kat Pasar Malam tu sgt2 meriah.. mcm2 ada jual.. jagung manis yg mmg btul2 manis, cenderahati, kaktus, strawberry, baju2 dll... Ada jgk la sket2 hasil tangkapan sepanjang berjalan kat situ..

Kat pasar malam..

Ni dia hasil utk Kimi.. belon strawberry yg sama mcm kat taska dia..

Malam tu takde buat apa.. lepas mkn (tapau dr food court jer), ktorg main UNO card.. then tido.. keletihan menempuh jem.. huhu... Mlm tu tido sejuk giler!! rasa mcm ada byk plak aircond dlm umah tu.. padahal takde aircond pun.. masing2 berebut selimut.. so sapa2 nak bermalam kat cameron dinasihatkan bwk selimut extra eh..

Hari Kedua

Cantik kan?? View dr apartment kami..

Keesokan harinya, lepas penuhkan perut (sarapan), kami gerak ke MARDI yg tak jauh dr apartment ktorg.. Kat MARDI ni best sbb ada byk jenis tumbuh-tumbuhan ditanam spt bunga, sayur-sayur, teh pun ada.. seronok jalan2 kat sini...

MARDI - tpt sayur hidroponik (kimi takut pegang sayur tu)


Destinasi seterusnya ialah Kimanis Strawberry Farm.. Amat mendukacitakan bila tau rupa-rupanya farm tu ditutup.. tp still la ada gak kedai bukak kat situ.. so sbg ganti, kami mkn la dessert kat situ.. pancake with icecream n chocolate.. mmg marvelous!

Lepas strawberry farm, kami ke Rose Valley yg terletak nun ke utara Brinchang...Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih padahal tak sampai 10km pun! Huhu.. sgt teruk jem kat sini.. Hampir2 kami nak give up.. tp gagahkan jgk.. kesian to drivers2.. Kat Rose Valley, kami dikenakan bayaran masuk RM4 sorg... kat dlm tu ada beratus2 jenis rose... yg suka bunga sure enjoy dtg sini.. selain tu ada jgk kaktus dan tanaman2 lain.. Harapan aku nak ke sini ingatkan dpt la beli sejambak bunga fresh ker.. tp hampeh, takde jual pun bunga fresh.. agaknya semua da kene angkut ke KL sbb time tu da nak dekat2 valentines day.. hmm, kecewa gak la..

Lepas ke Rose Valley, kami balik semula ke Tanah Rata.. sekali lg menempuh jem panjang.. dkt 3 jam kot baru btul2 sampai ke Tanah Rata.. teruk kan?? Lepas mkn, kami berehat saje kat apartment sambil main UNO.. huhu

Ni dia jem tak hengat tu..

Hari terakhir
Hari terakhir kat Cameron, aku berazam utk redah jer pegi blk ke Brinchang utk shopping apa yg patut.. sbbnya setakat hari semalamnya, takde apa sgt brg yg aku beli.. takde pun beli strawberry ker.. keledek ker.. bunga ker.. teh ker.. so mmg rasa tak lengkap kalo tak beli... semua gara2 jem teruk.. huhu

So kami gagahkan diri pegi blk ke Brinchang utk ke Multicrops Central Market dan S'Conner Strwaberry Farm. Kat Multicrops, tak byk benda yg best... kebanyakannay cuma cenderahati jer.. Tp kat S'Conner, agak best sket...sbb hajat kami tercapai utk pick our own strawberries.. hehe.. Selain strawberries, ada jgk cendawan.. tp tak sempat nak g petik cendawan.. kat situ ada jgk jual2 brg2 hasil dr farm2 kat Cameron nih, mcm teh, jeruk strawberry, jus strawberry dll..

Ni la S'Conner Strawberry Farm


Petik strawberri dgn MIL... asyikkk!


Fresh... fresh... from the tree..


Da puas shopping (... sambil senyum riang.. hehe), kami turun semula ke Tanah Rata utk late lunch.. Selepas tu, kami berangkat pulang melalui jalan tapah.. sblm tu, sempat kami singgah ke Bharat Tea Plantation... Permandangan sgt indah kat sini.. rasa mcm nak lepak lama jer kat situ.. tp sbbkan da petang, jadi kami singgah sekejap jer.. hmm..


Sejuk mata memandang.. mcm karpet ijau..


Alhamdulillah, sepanjang perjalanan pulang, semuanya lancar.. takder plak pening2 kepala ker.. muntah2 ker.. hehe.. Pasni kalo nak pegi lg, pastikan JANGAN pergi time cuti panjang.. lebih baik amik cuti extra sbb bole utilise the whole time pegi byk tpt2 lain yg menarik kat Cameron nih.. kalo pegi time cuti sekolah ker.. cuti panjang ker.. masa abis byk kat dlm keta jer la..hmmm..

p/s: i'm thinking of our next vacation... kat mana yer??

Monday, November 16, 2009

BeRpiJak Di Bumi TeRengGanu

13-15 Nov 2009, hari2 yg menggembirakan... =) aku, zira, mar, et, hafsah, ebab (anak sedara et), fizah, zila n gaban... ktorg bercuti2 di kuala terengganu... dah lama plan.. akhirnya sampai jgk hasrat ktorg.. here are some of the pics.. enjoy!!

En. Azmil tgh masukkan beg2 ktorg.. mekasih byk2 ye sbb sudi nak anta ktorg g lcct... jasamu dikenang..hehe


Nak gerak dah... kol 4.45a.m time ni.. mlm tu mmg tak tdo langsung...



Bergambo skejap b4 masuk departure hall... dah lambat gak sbnarnya ni.. tp slamber arr..


dah sampai airport KT... tgh tunggu zila n fizah.. perut dah berdendang.. lapo giler... flight sampai awal 15 min.. pilot bwk laju kot... takde traffic jam..


tgh tunggu nasi dagang... tapau jer.. takde tpt nk duduk.. gaban kata tpt ni femes nasi dagangnya... btul ke sedap??? jom try..

masa utk makang...!! berkelah kat tmn apa ntah... haha



1st destination.. pegi noor arfa batik...




2nd destination: taman tamadun islam..tmn ni mempunyai lebih 20 buah replika masjid dan binaan islam dr seluruh dunia.. ktorg decide naik basikal..senang sket nak bergerak...


3rd destination: Masjid Kristal... tak jauh dr tmn tamadun islam.. masjid ni dipanggil jgk sbg masjid terapung..

tgh lepak kat dataran tak jauh dr rest house ktorg...time ni tgh tunggu fizah dll g withdraw duit.. ready to shopping.. =)


bergambor dpn tourist information centre.. ktorg lalu jer.. on the way nak ke pasar payang..


Ni la dia pasar payang kebanggaan rakyat terengganu.. mmg best shopping kat sini.. kain batik, cenderahati, songket, t-shirt, kopok lekor, baju kaftan ,sutera... mcm2 adaaa.. tgk la 2nd gambo tu, tak cukup tgn nak bwk... abis duit aku... haha.. tp puas!!

Last destination: Pantai Batu Buruk... time ni nak magrib dah... mostly pantai kat sini tak leh mandi.. so ktorg main2 air jer..

Esoknya, pagi2 ktorg dah kene bersiap... nak blk kl... flight kol 8.15pg.. rasa cam skejap sgt percutian ni.. tp apa2 pun... semua enjoy... wpun ada seseorg mengalami masalah yg tak sangka2.. (only us know).. hehe..

So now, after terengganu.. where's our next vacation???? sarawak maybe?? hehe...

Tuesday, July 28, 2009

LANGKAWI...tamatnya sumpahan Mahsuri..

26-27 jUNE 2009 - Seronok dan teruja bila hari yg ditunggu2 tiba.. Aku, Azmil, Fiez and Tajul (my x-schoolmates) g cuti2 ke Langkawi... Kenapa mesti Langkawi?? tu kene tanya En. Azmil (nak g tpt yg bole naik flight katanya... ) Wpun dah penah pergi beberapa kali sblm ni, aku rasa this is the best Langkawi vacation ever! coz g wif kawan2.. 4 org jer.. just nice.. and this vacation does not focus on shopping (mcm slalu g dgn mak2), it is more to jalan2..


Kat Langkawi, ktorg stay kat Amzar Motel.. the price, not bad. RM45 per night.. ada tv, queen bed, toilet, aircond.. Location pun nice.. sbb dekat sgt ngn pantai dan kedai2.. makan pun senang.. (Amzar Motel kene byr aku ni for the advertisement..)



Amzar Motel


First day, ktorg g Island Hopping.. first time try this kind of activity.. mmg seronok.. ktorg naik boat ke Tasik Dayang Bunting... Eagle feeding.. and mandi kat pulau mana ntah, tak ingat.. Disebabkan aktiviti ni la... kulit aku jd tidak secerah dulu.. wpun sekejap je, tp dah memadai nak jdkan aku muka cam nelayan2 yg baru pas tangkat ikan.. harap2 cepat2 la kembali kepada asal.. huhu..

Island Hopping


Pas menggelapkan diri, ktorg g plak jalan2 naik keta sewa g Air Hangat, Durian Peringin Waterfall dan Wildlife Park.. Tp ktorg sgt2 kecewa bila g kat Air Hangat ngn Durian Peringin tu... sedih giler tgk keadaan nya.. yg Air Hangat tu tgh renovation.. but still open for public.. Pelik, kalo dah renovation tu, tutup terus la.. takyah nak open for public.. Keadaan mmg teruk giler.. kolam2 nya dah serupa mcm loji kumbahan.. Malu giler kat foreigner yg dtg.. diorg mesti lg kecewa.. Ingatkan nak ubat kekecewaan, g la kat Durian Peringin Waterfall .. tak jauh dr situ..tp kecewa gak sbb tak best pun.. air tak la sejernih yg disangka... so jap je ktorg g situ.. Then ktorg g Wildlife Park.. ni tak termasuk dlm plan, tp g gak sbb takde tpt lain dkt2 situ... Tiket RM12.. rasa mcm mahal memula.. tp bila masuk, rasa seronok sgt.. sbb dapat berhubungan secara langsung ngn haiwan2 yg ada.. and haiwan2 tu pun mcm frenly jer...



At Wildlife Park


Malam plak ktorg makan seafood kat Nelayan Seafood.. Sedappp... harga pun berpatutan ngn bajet ktorg.. wpun servis agak lambat.. tp puas ati la.. Kat sini takde gambo, sbb ktorg focus nak makan.. hehe.. blk dr makan, ktorg lepak kat pantai cenang sambil tgk bintang dan borak2.. wpun ngntuk giler time tu, layankan je la...



Esoknya awal2 pg ktorg sambung mandi kat pantai cenang.. sekali lg, menambahkan kegelapan kulit aku.. wawawa.. pas mandi, g kat Cable Car plak... nasib baik cuaca agak baik wpun sedikit mendung... mmg permandangan paling cantik yg aku pernah tgk... rasa indahnya alam ciptaan Allah... at the same time, rasa kagum gak dgn contractor2 yg buat projek cable car ni.. mampu nak naik gunung utk membina platform kat atas tu.. hebat2..



Nice view at Cable Car



Pas Cable Car, ktorg blk bilik for check out.. Then, g lunch.. kecewa ngn harga, udang RM8 sekor.. ceh, kalo tau awal2 tak mkn kat situ.. Pastu g snake santuary.. sekali lg dikecewakan.. rupa2 nya dah tutup dah tpt tu.. menurut penduduk kat situ, dah tutup sbb dah pupus kot.. sedih btul.. then, g plak pantai pasir hitam.. mmg unik pasir kat sini, sbb itam.. but worse thing is, tpt tu mcm tak terjaga..byk sampah merata2.. skali lg rasa malu ngn foreigner yg datang..huhu

Pantai Pasir Hitam yg itam


Ktorg sambung penjelajahan ktorg ke pekan kuah.. kalo g kuah, apa yg penting ialah.. SHOPPING!! wpun tak focus sgt kat shopping ni, tp still ktorg masukkan dlm tentative plan ktorg.. apa yg aku beli juz coklat sket, towel (mak aku pesan), tshirt rm5 for souvenir... dah takde bajet dah actually.. huhu..


Pas mkn malam kat jetty kuah, ktorg bergegas ke airport... tp malangnya flight delay sampai 12.30 mlm sbb cuaca hujan.. ktorg pun lepak n tdo la kat airport tu.. tido2 ayam jer..

Sampai kat KL lebih kurg kol 2.. tkleh blk umah terus sbb lrt operate lg time tu.. so ktorg stay kat situ dulu.. sejuk giler kat LCCT.. org pun ramai gak.. maybe sbb byk flight delay time tu.. ktorg pun cr la port nak tdo.. wah, semua seat full!! nasib ada 1 row tinggal.. tp, kat situ la tpt paling sejukkkk sekali.. sbb dah takde tpt lain, ktorg tdo je la kat situ.. aku rasa 1 jam je aku dpt bertahan, pastu tak larat aku ajak azmil kua... lega sket dpt pekena megi cup n milo panas.. pastu ktorg lepak je kat luar, duk atas lantai.. terasa mcm org yg takde umah.. wawawa... pas mkn baru senang nak tdo.. kol 5 ktorg gerak naik bas ke kl sentral... kat dlm bas nyenyak giler tdo..lantakla driver bas bwk laju nak mampus.. aku tdo gak..

Aku rasa sgt berpuas hati ngn vacation kali ni... actually vacation kat mana2 pun tak kesah, tp yg penting, dgn sapa kt pegi and activiti apa yg kt bole buat.. so, thumbs up for this time vacation!!



Thanks Langkawi!! Sehingga berjumpa lg..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...