Showing posts with label Resipi best. Show all posts
Showing posts with label Resipi best. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Cheese cake... nak lagi! nak lagi!!

Burrrpppp!!!!!!
Tu dia.. sedawa kekenyangan akibat makan terlampau byk time jamuan raya ofis aku tengahari tadi.. hahaha (nak gelak pun tak larat.. )

Hehe, sbnarnya bkn nak cerita pasal jamuan raya tu.. tp nak cerita pasal kek kegemaran aku.. CHEESE CAKE

Oleh kerana menjadi kegemaran aku, dgn bersungguh2nya aku cuba membuat sendiri cheese cake ni... resepi aku amik dr kwn blogger aku kat sini

SENANG & SEDAP! tu yg dpt aku concludekan dlm pembuatan cheese cake nih.. Jom kita tgk resepi......

BAHAN-BAHAN:

500g (2 bar) Cheese(Brand Philadelphia) - aku panggil padiyapa ;p
1 cawan gula
4 biji telur
2 sudu besar Butter
6-7 keping Biskut McVitties (original)
1 biji lemon (perah 1-2 slice)
1 sudu teh Esen vanilla

CARA-CARA
Putarkan cheese bar sampai kembang. Masukkan telur putarkan lagi sampai kembang.
Curahkan gula dan putar kan juga sampai kembang.Perah lemon di dalam adunan dan titiskan essen. (kwn blogger tu kata kalo letak byk sket essen vanilla tu lg sedap)



Untuk base
Hancurkan biskut Mc vitties dan gaulkan bersama butter hingga sebati. Masukkan di dalam loyang yg dilapik dgn aluminium foil dan ratakan.



Kemudian, curahkan adunan kek ke dlm loyang. (aku masukkan sket blueberry, sajer nak bg rasa lg sedap)


Bakar dlm 40 minit suhu 180.

Bila da masak, bole la tuangkan sedikit topping (aku guna blueberry tadi) utk variety kan rasa cheese cake nih..

Da siap, masukkan dlm fridge.

Ni dia hasil air tangan aku..... taraaaaaaa!!!


Aku buat cheese cake ni utk jamuan raya tadi.. Alhamdulillah, menjadi! Walaupun rupanya tak brapa cun melecun, tapi rasanyaaa.. ummmppph! sedaaaap! Ramai tanya sapa yg buat cheese cake nih... haha.. terkembang punggung kejap! hihi..

So, korg try la buat.. aku yg tak pernah buat cake ni pun, skali try, bole jadi.. korg buat mesti jadi punyerlah.. hehe..

Nota tambahan:
Resepi ni menghasilkan kek yg tak sebesar mana pun... loyang yg sy guna 9x9 inci, tu pun jd nipis jer..tak sampai 3cm.. so sesapa nak buat tebal, maybe bole guna loyang lg kecik.. takpun, gandakan la sukatan bahan2 dlm resepi nih...


p/s: thanks pada tok guru!!

Monday, August 24, 2009

Resipi Donut- Lembut & Gebu

KOrang tgk gambo donut kat atas ni, agak2 sapa yg buat?? apa rasanya..?? hehe.. ni donut 1st time aku buat... nampak mcm tak berapa nak best sbb bentuk tak comey.. tp rasa nya.. lembut beb!! haha.... tp 2nd time punya laaagggiiii lembut dan gebu... laaaggggiiiii sedapppp... hehe.. memula buat takut tak jadi.. tp Alhamdulillah... semalam buat mmg btul2 menjadi.. mmg puas ati la... so aku nak share resipi ni ngn korang.... aku dpt resipi ni pun dari internet jer... thanks to http://www.myresipi.com/... aku mmg slalu amik resipi dr website ni... selain bole tgk gambo, ada gak org2 yg dah pernah try resipi ni, bg komen... so bole tau la resipi ni ok ke tak...

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
(kalo nak buat sket jer.. kuantiti bhn2 tu pandai2 la bg separuh yer)
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)- ingat..sudu KECIL tau!
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum - ni maybe kene lg byk... sampai doh jd licin & tak melekat
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih. (aku tak sure camne gayanya berbuih tu.. tp agak2 dah 5 min ok la tu)

Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. (lebih kurang 1 jam gak la kot..depends pd byk mana yis). Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari. (Petua mak aku, sblm bentuk2 kan doh tu, uli blk skejap..bg mantap!)

Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit (aku rasa 10 min pun dah ok) atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

Toskan minyak. Salut dgn icing semasa donut itu masih panas. (pas angkat terus letak gula...lambat sket gula tak melekat)

Thursday, June 4, 2009

Chocolate Chip Cookies =)

5 June 2009- ari ni aku nak balik kampung.. yahoo!! tp ada baaaanyaaakk mende nak buat.. kene g amik baju tunang, jumpa mak andam, buat hantaran... and 1 lagi.. nak buat cookies..hehe. Cookies ni aku nak buat sbg hantaran (kalo best la..hehe). So ni aku nak share resipe chocolate chip cookies yg aku jumpa kat internet.. resipe ni aku dah pernah try time raya last year.. mmg sedap la...harap2 esk aku buat menjadi la.. tp kalo sesapa ada resipe yg lg best... share la ngn aku...

Biskut choclate chip

Bahan-bahan ( 2 balang sederhana )
250gm butter
1 1/2 cawan self raising flour
1 cawan tepung jagung
1 cawan brown sugar
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 susu besar serbuk koko
1/2 sudu besar milo
1 cawan gajus kisar
1 cawan badam kisar
coklat chip secukupnya

Cara-cara
pukul butter dengan gula hingga kembang.
masukkan kuning telur, pukul. masukkan bahan2 lain dan gaul sebati.
sudukan atas dulang pembakar yg disapu minyak. bakar hingga masak (dalam 15 min)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...