Saturday, February 15, 2014

Irfhan : 4 months

Irfhan 4 bulan sudah.. Tak byk kerenah. Tp sangat suka hisap jari. Skrg tgh tunggu bila la dia nak meniarap..

Tuesday, December 24, 2013

Welcome 2014

Alahai...lg beberapa hari je lg nak masuk tahun baru 2014. Time flies. Aku pun da tak ingat apa azam aku taun 2013. Ntah tercapai ke tak...tup2 nak masuk tahun baru. Nampk sgt mcm takde wawasan. Hee...

Sblm masuk 2014, nak recap sket taun 2013 sblm nak ucap goodbye. Bagi aku taun 2013 tahun yg mendewasakan aku. Aku jd mcm matang sket... Ala2 mak2 gitu... Suka baca pasal parenting...suka tgk ceramah2 agama kat tv... Masterchef...drama2 melayu... What a typical malay housewife. Hehe... Selain tu aku jd mcm penyabar sikit... Kurang sket marah2 kat anak... Maybe sbb byk membaca pasal parenting..pasal motivational. Sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku.

Sebahagian besar taun 2013 aku adalah pengalaman mengandungkan irfhan. Rezeki yg sgt dinanti selepas 2 taun lebih planning. Alhamdulillah... Sempat mengandung dan melahirkan irfhan dlm setaun ni.

Dan disbbkan mengandung la aku terpaksa wean off kimi. Susah jgk...terpaksa melalui saat2 sedih, kesian, terharu.. Akhirnya berjaya jgk.. Sampai skrg rindu jgk waktu kimi still bf. Wpun da ada irfhan sambung bf. Sbb setiap anak lain2 pengalaman.  

Cerita pasal keje pulak...taun 2013 ialah first time melalui waktu kene final audit dan year end closing sejak keje kat tpt baru ni. Alhamdulillah can get through.. Tak la stress yg melampau. Dan the best part bila dpt bonus. Da lama gilerr rasanya tak dpt bonus. Last masa dekat BDO. Itu pun dpt half mth je sbb prorate. Dgn duit bonus tu la dpt cover maternity checkup dgn cost bersalin...since bersalin normal, dpt jgk simpan duit extra beli sofa baru.. Hehe... Full leather tuu... Mmg sgt2 mengimpikan sofa baru.. (see..mak2 sgt kan bila part perabot)...

2013 jgk agak menyedihkan bila embah (nenek belah abah) meninggal pada umur 90+ tak silap. The one and only grandma yg tinggal.skrg da takde lg.huhu. So first time raya taun ni tanpa embah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditptkan di kalangan org2 yg beriman.

Ok cukup stakat ni. Segala yg berlaku ada hikmahnya. Looking forward for more challenging  experience ahead. Semoga 2014 lebih baik dr taun2 sblmnya... InsyaAllah...

Tuesday, December 10, 2013

Irfhan Daniel : 2 months

11.12.13: Nice number.Yey!! Irfhan da genap 2 bulan. Maka dgn ini cuti panjang aku sudah tamat. How time flies. Da start keje da pun. Rasa mcm tak cukup je cuti 2 bulan... Drama2 tv yg hari2 aku follow pun tak habis lg.. *sigh*

Irfhan pulak da semakin semangat. Rutin harian pun da semakin teratur.. Tido, main, susu, pegi taska. Tak susah la nak jaga. Cant wait to see his smiling. Soon..its very soon...

Tuesday, November 19, 2013

Irfhan Daniel : 40 days

Yey!! Hari ni last day berpantang...  bole la g jalan2 lepas ni.. Tak payah pakai bengkung lg, stokin dan param. Hehe...

Alhamdulillah... Irfhan pun da makin 'semangat'. Lenguh tgn dukung dia...berat masa dia 37ari (pegi enjet) 4.9kg. Mcm 1 kampet beras dah..

Bila anak mengembang, mak nya pulak beria nak 'mengecut'. Ada lg dlm 2-3kg lg nak turun ke berat bdn sblm bersalin. Breastfeed paaling membantu. Lepas pantang ni bole la nak bersenam (konon2). Harap dpt slim blk seperti dulu.hehe.

Ok, skrg tgh fikir nak makan kat mana mlm ni nak celebrate abis pantang... Ermmm.. Tu pun nak celebrate kan?? Haha.. Tak kesahla.. Reward diri sendiri.. Why not...

Thursday, October 31, 2013

Irfhan Daniel : 20 days

After 20 days.. Here is Irfhan Daniel.

Makin tembam...

Wednesday, October 30, 2013

My 2nd baby

Alhamdulillah.... Syukur atas kurniaan Allah...

11.10.13 jam 11.40 pg..aku slamat melahirkan anak ke-2 secara normal.. Berat sama mcm Kimi dulu. 3.2kg. Bersalin awal 1mggu.

Skrg da hari ke 20 berpantang... Berat baby pun da 4kg... Alhamdulillah skali lg dpt breastfeed dan dikurniakan susu yg byk.. Harap dpt continue bf sampai 2 taun.

Ktorg bg nama Irfhan Daniel. Maksud Irfhan : bijaksana. Daniel : nama nabi yg bermaksud ALlah itu hakim ku . Semoga menjadi anak yg bijaksana dan sentiasa mengingati Allah..

Sunday, February 17, 2013

Syukur kerana bertambah "Rezeki"

Tok! Tok! Tok! Assalamualaikum...

Hehe.. Lama da tak jumpa kan?? Rindu btul nak tulis blog.. Kadang2 masa tak mengizinkan.. kadang2 malas.. hehe...

Mesti bila baca tajuk blog tu.. tertanya2 'Rezeki' apakah tu??

Alhamdulillah... rezeki yg diharap2kan akhirnya dimakbulkan juga...

Pagi semalam aku buat pregnancy test..  dan inilah hasilnya........




Tak sangka... tanpa apa2 tanda... tetiba jer dapat "double line" ni.. Fuhhh... Happy sgt2 bila tgk test kit tu...
Tapi at the same time.. risau.. sbb kimi still breastfeed lg... Mmg ada plan nak wean off secara naturally... tp skrg ni nampaknya kene la drastik sikit.. huhu...

"Kimi, sorry eh.. Kimi da big boy.. Tak bole minum susu mama... **tek mama sakit.. huuuuu"

Tula dialog yg slalu aku cakap kat kimi skrg ni.. Sedih woooo.... tp kene cekalkan hati jgk.. Tgk sebulan nanti macam mana.. berjaya ke tak.. huhu...

Monday, January 14, 2013

Kimi is on camera!

Saje jer nak tepek gambo Kimi kat blog ni sempena dia 2 tahun. Tahun lepas aku sempat compilekan gambo2 dia utk umur 1 tahun. Siap buat photobook. Taun ni tak sempat la... So letak jer la gambo dia kat sini sebagai kenang-kenangan.....

Masa kat carrefor tak silap... Mama nak beli tak mampu... haha


Reaksi nak merampas handphone..


Time raya 2012..

Kimi with his cousin.. Daus..


Kat tasik Y... 

With Tok Bah.. nak larikan diri...


His favorite sport.. 

Tak sempat pakai baju.. sibuk nak tgk video

Kimi on the ride kat One Utama... 

Kat Melaka Wonderland.. sunburn!

Mama n papa yg over.. 

Excited!

Menghabiskan kerepek pisang dlm balang sehingga menjilat penutup.. 

Tu jerrr... hehe... nanti lain kali upload lagi.. daaa....


Thursday, January 10, 2013

Kimi - The Perfect 2

Alhamdulillah…. 8.1.2013… genap kimi 2 tahun.. Yey!! Anak mama da besarrrr…….
Waaa…… terharu…. T_T  Tercapai jgk hasrat susukan kimi sampai 2 tahun.. Even sampai sekarang pun masih menyusu walaupun da start bagi susu kotak sbg ganti…  So sekarang target nak wean off dlm masa 3 bln…. Doakan aku berjaya yer.. huhu..

Jom kita tgk apa kerenah/pencapaian Kimi setakat 2 taun ni:

Da pandai main game kat tablet – main puzzle2 yg simple, tgk video, tgk youtube, tekan sana, tekan sini… Mmg kalo takde tablet tu penat jgk nak layan dia.. Akibat dari kehebatan dia guna tablet, sampaikan semua skrin dia nak touch2 gitu… skrin tv, skrin laptop… ko ingat semua bole touch screen ke Kimi oooiii… Tunggu papa beli smart tv. Mungkin time tu bole la nak touch2 je screen tu pilih cerita katun..
Da pandai good manner… contoh macam susun kasut sendiri, kemas balik mainan, buang sampah, bg salam bila masuk umah… seronok sgt bila dia bole buat semua tu…. Semoga berkekalan2 la perangai2 baik dia ni.. (suami aku kata ikut perangai dia.. ye la tu… )

Disebalik tu, ada jgk perangai dia yg tak berapa nak baik sgt la.. haha.. contoh mcm sgt kedekut dgn mainan sampai sanggup nak cubit bdk lain.. huh. Garang woo abang long kita nih.. Selain tu, bab puting mmg payah nak lepas.. melekat jer kat mulut.. tp kalo kat taska, kakak yg jaga tu kata tak pakai pun. Bole jer tido sendiri.. bila kat umah jer dia ngada2 lebih… hmmm….

Tgk tu.. puting besarrr melekat jer kat mulut.. tak macho langsung!

Kartun kegemaran dia sekarang ni ialah Ultraman ataupun Man-man ikut bahasa Kimi. Pantang kat tv ada man-man, mesti sanggup duduk diam kat sofa.. khusyuk giler… Sekarang katun2 mcm mickey mouse ker, dibo ker, da tak layan da.. nak cerita katun yg ada lawan2 jer.. Mmg anak lelaki betul…

Ni man-man kesayangan Kimi... Adiah dari nenek dia.. 

Bab tido pulak, dia da tido kat tilam sendiri.. tp still bilik sama la sbb masih nak nenen time malam2.. Skrg tido kalo tak cecah kol 10.30  mlm mmg susah. Makin lama makin lambat pattern dia tido… Bangun pulak lambat sket la drpd sebelum ni… ktorg da nak pegi keje baru dia bangun.. pastu mula la mcm bad mood tak puas tido…

Macam2 perangai budak yg tgh membesar nih.. Tp hati sgt puas dpt melihat sendiri perkembangan dia setiap hari. Daripada sekecil2 nya sampai la dia da pandai melompat, berlari, main bola, mkn sendiri…  Suatu pengalaman baru buat dia dan jgk mak bapak dia ni.. gembira, tenang, sedih, emosi, penat, stress.. mcm2 perasaan ada… So beruntungla pada sapa2 yg memiliki anak..

Untuk Kimi, kalo Kimi da besar, da pandai baca blog mama ni (kalo wujud lagi la.. ) mama nak ucapkan Selamat Hari Jadi.. Semoga Kimi membesar dgn sihat…. Menjadi anak yg soleh sebagai bekalan mama dan papa dia akhirat kelak…. Melihat kamu gembira setiap ari sudah cukup membahagiakan.. hilang segala sakit contraction time melahirkan kamu dulu…  

Untuk Papa Kimi pulak, terima kasih kerana sentiasa memberi support dgn penuh kasih sayang sepanjang 2 tahun ini. Penat lelah melayan Kimi setiap ari sgt2 dihargai.. Semoga kita dapat sama2 membesarkan Kimi dgn sebaiknya..

Alamak…emo pulak aku time nak ujung2 entri ni.. Haha. Korang layan jer la kan..






Semoga berjumpa di lain entri.. See yaa…

P/s: payah benoo nak cari gambo kimi yg tersenyum riang.. salalu akan jadi blurr sbb byk sgt pergerakan.. 

Sunday, December 16, 2012

Knock! Knock!

Yuhuuuuu.. is anybody home?? *bunyi cengkerik*

Wah, senyap sunyi blog aku ni.. Ok, typical reason: BUSY. Yup, hard to find time for blogging nowadays. Tengok blog kawan2 lain pun senyap sunyi jgk.... Is it not a trend anymore or everyone is getting busy with their life as we are getting older..? ermmm...rasanya the second reason is much strong. Makin umur meningkat, makin sibuk la seseorang itu... sibuk dgn keluarga dan kerjaya. Sekarang dalam fasa peningkatan yg mendadak.. haha. betul tak?? Nanti umur da masuk 4 series baru settle down kot... Time tu mungkin 1st reason pulak da jd penghalang.. mungkin da takde sapa baca blog lg... So then, how many years more we can blogging?? owwhh.. owh...

Ok, gotta chaw..Ni pun curi 5 min masa kat ofis nih.. See you guys..err.. maybe... next year??

Wednesday, August 15, 2012

KIMI: 1 tahun 7 bulan

Alhamdulillah, bertemu kembali kita setelah lama tak update blog... Kerja tempat baru nih, nak bersenang lenang tu payah sikit la... Di tambah pulak makin byk job scope... Tanpa official training, main redah jer, maka jadilah aku antara yg paling sengal kat ofis pasal SAP. Huhu..

Eh, tajuk pasal Kimi, apa pasal pulak nak cerita pasal kerja??!

Ala, selit sikit2 jer..

Ok2, cerita pasal Kimi pulak. Sebenarnya da pernah draft da entry ni, tp tak post2 sbb alasan takde gambo yg cun.. Sampai laaa ni takde gambo baru dia yg cun... huhu.. takpe, jap lg carik.. aku cerita dulu pasal kerenah/development dia setakat nih...


  • Berat dia last timbang 9.6kg... Huhu. Actually below average.. Tapi bila dukung tu, mak aiihhh... tak sampai 5 min da lenguh... 
  • Vocab bertambah 1 lg... Banana. Comel jer bila dia sebut. Aku admit mmg dia lambat sikit bercakap. Tapi dia paham apa yg kita cakap. Bila respond, bahasa German yg keluar.. Hebat kan?? haha
  • Minum susu da kurang... tp makan bertambah.... Rasa setiap setengah jam mesti nak cari benda nak mkn...
  • Dah pandai cangkung bila cebuk berak... Ni aku rasa dia blaja kat taska kot... 
  • Sukerrr gilerrrrr main air.... Bila ajak mandi jer, terus g ke bilik air.. Suka betul main air paip tu.. Kalo dibiarkan bole berejam2 dan bil air mendadak naik la jadinya.. Huhu. So selalunya nak suruh dia keluar, off kan lampu pastu buat2 tutup pintu. Baru la dia nak tutup pili air (oh, dia pandai tutup pili air juga). 
  • Dia punya tantrum tgh meningkat naik... Pantang kita rampas brg yg dia pegang/tak dpt apa yg dia nak/kene marah, mula la mengamuk sambil merebah kan badan ke lantai.. Aduhhh.... geram jer tgk.. Kadang2 malas layan, biarkan jer.... Tak pun breastfeed kan jer nak bg dia diam... (thanks to 'ubat penenang' tu)
  • Sangat suka main tendang bola. Papa dia rajin nak train dia.. Nampak dia da pandai menendang bola dgn tepat.. Bagus2.. Tak lama lagi bole wakil taska... haha..
  • Sangat suka tgk video diri sendiri kat tab... Mungkin dia tak tau itu adalah dia.. Dan menganggap bdk dalam video tu sgt comel. Haha.. 


Byk pulak celoteh, mana gambo kimi??? Alamak... tak cari lagi.. Nanti saya update eh... =)

p/s: bersiaran dari opis. Tinggal beberapa hari nak cuti raya. Takde mood keje. So update blog. Hehe

Wednesday, July 11, 2012

Di tempat baru


Assalamualaikum kwn2…  lama rasanya tak tulis blog sejak keje tempat baru ni.. busy?? Mestila kan.. common reason.. lgpun kat ofis baru ‘line’ tak clear la nak tulis2 blog nih.. kat umah pulak, tak syok tulis blog guna tablet.. leceh..

Ok la, sekarang ni nak cerita pasal tempat kerja baru. Da hampir sebulan kat sini… so far tgh nak getting familiar with the nature of work, environment and colleague…  Rasa agak mencabar sikit sbb kerja guna SAP software yg agak complicated tu… pastu plak environment yg kene sentiasa ‘tunjuk’ rajin.. haha.. Pasal colleague, itu pun mencabar jgk sbb ada byk peringkat umur.. so pendekatan agak berbeza.. Sampai skrg masih tercari2 geng2 yg sesuai nak join.. yg bole nak bertepuk, bertampar dgn selamba… (tetiba rindu kwn2 kat opis lama.. T_T)

Selain cabaran2 yg dinyatakan di atas tu, byk jgk benda2 yg best kat sini.. antaranya:

  • ·        First time jumpa ofis yg sediakan ‘nursing room’ utk staff2 pam susu… siap ada fridge, sofa dgn sinki lg tuh… terasa diri ini bergitu bermakna! Agak2 ngantuk sgt, syok jgk tido dlm bilik tuh.. . :P

  • ·         Ofis sgt dekat dgn One Utama … maknanya nak shopping apa2 pun dekat jer.. sekangkang kera.. tp can be disadvantage sbb hari2 pun terasa tempting dgn sale depan mata.. oh mannn!

  • ·         Hari jumaat hari paling best.. sbbnya lunch time 2 jam! Da macam keje government gamaknya… tak dpt keje government, dpt lunch time 2 jam ari jumaat tu pun jadi la kan.. Heaven ok, sbb dkt dgn shopping mall… maka tiap2 hari jumaat, harusla plan baekk punya nak buat apa.. hehe.. Pastu plak, hari jumaat bole pakai casual.. pakai jeans n tshirt.. lg la heaven, sbb tak payah iron baju.. hehe.. Cuma kene denda RM5 which is akan dimasukkan dlm yayasan company nih.. kira mcm derma gak la.. so takde hal la nak derma RM5 tiap2 minggu…

  • ·       Pasal parking plak, company ni baik, bole claim up to RM130 per mth memandangkan parking rate kat area company ni sgt la mahal.. ikut per hour… so terasa terubat la sket kan bila dpt claim mcm nih… Alhamdulillah…

  • ·        Yg lg best,annual  leave dpt 21 hari setahun! Weeehhhuuuuu…. Aku suka cuti byk…  So tak risau sgt la nak cuti kalo anak sakit ker.. atau ada emergency2 lain.. Cuma nya jgn time closing jer la…

  • ·     Pasal gaji…. Best sbb ON TIME! Every 27th… tak macam company lama.. huhu… Err, taknak kutuk lebih2 sbb it used to be the place where I get my pay wpun selalu lambat.. Hopefully akan berterusan on time la…

Ok cukup2.. cukup byk benda best kat sini… but still, mesti la ada jgk yg tak best which is as usual taknak cerita la kan..  Biasala idup ni mesti ada jer yg kt nak complain… ada je tak puas ati.. Cuma bila kt pikirkan benda2 yg baik, yg tak baik pun bole jadi baik.. btul tak?

Apa2 pun sgt bersyukur dgn rezeki yg saya ada sekarang nih.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Kita kene sentiasa yakin dgn apa yg ditetapkan…

Tetiba terngiang2 petikan ayat Al-Quran dlm surah Al-Baqarah ayat 216;
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

p/s: tengah pikir nak buat apa ari jumaat lunch 2 jam tu… hohoi. 

Monday, June 18, 2012

Makcik tua yang banyak nasihat

Semalam hari pertama aku bekerja kat tempat baru. Jadi tak ramai kawan. Ada deskmate tu, dia puasa pulak. Maka aku pun lunch sorang2 kat Jusco One Utama. Baru nak start makan, tiba2 ada sorang makcik ni dtg nak tumpang duduk sambil husband dia pegi beli makanan. Maka jadilah makcik itu teman aku makan. Lunch aku hari itu sgt berilmiah sebab diselami dgn nasihat2 ikhlas dari makcik tua nih. Aku rasa mungkin ni cara Allah nak mengingatkan aku yg mungkin da lalai sikit2 nih, maka kami dipertemukan. Pertemuan singkat, tapi nasihat2 makcik tua itu masih aku ingat sampai skrg (baru 1 ari jer pun... )...

Antaranya:
  • Makcik tua itu tanya," da kawen? da ada anak?" Aku jwb, "Ya..." So nasihat dia: Didiklah anak dgn didikan yang betul terutama bab agama, sbb anak adalah asset kt kat akhirat nanti - sambil melahirkan kerisauan tentang generasi sekarang yg byk dugaan
  • Pastu dia kol org.. nampak mcm bizi... aku tanya," bizi btul makcik yer..." Lalu dia pun jwb, "Makcik mmg tak bole duduk diam, nanti otak tak berjalan" So nasihat dia, kita kene sentiasa berfikir, sibukkan diri, baru otak sentiasa berjalan, kalo tak, nanti cepat jd pelupa.. Selain tu, kene byk baca quran, baca benda2 yg berfaedah.
  • Pastu aku cerita," makcik ni sama la dgn mak bapak saya...da pencen pun masih nak buat keje, mak bapak saya siap berkebun, petik kelapa sawit lg" Makcik tua tu pun kata, " Bagusla... masih sihat lg.. doakan la ibu bapa sentiasa sihat, dipanjangkan umur eh"
  • Lepas tu aku ckp, " Terima kasih la makcik teman saya makan". Ckp lepas aku abis mkn. Makcik tu jawab "Eh takper, kita makan kene berteman. Kalo makan sorang2 nanti ada syaitan yg teman. Tu sbb kadang2 mknan tu bole jd penyakit. Makcik kalo kat umah, kene mkn sorang2, makcik akan suruh maid makcik temankan sambil borak2." 
Oh, byk kan nasihat makcik ni?? aku mkn kejap jer.. dlm 15min kot. Tp dia punya input tu sgt mendalam ok. Kepada makcik tu ( in case dia terbaca ker kan), saya doakan makcik sihat walafiat dan diberkati selalu. Teruskan memberi nasihat kepada sesiapa yg makcik temui. Sesungguhnya, itu juga salah satu jihad yg murni.

p/s: Dialog2 dalam ayat di atas adalah tidak 100% sama dgn perbualan asal. Aku da olah sbb aku pelupa (kantoi malas membaca dan berfikir nih)...

Sunday, June 17, 2012

TEMPAT BARU

Hari ni mula kerja kat tempat baru... sampai awal ke opis... petanda baik.. haha... siap sempat nak post blog... tak tau nak expect apa... tapi mengharapkan sesuatu yg lebih baik... yg penting yakin dgn apa yg Allah telah aturkan.... Wisk me luck k!

Kasut baru saya sempena kerja tempat baru.. comey tak? Heee

Wednesday, June 13, 2012

Farewell

Hari ni aku bgn tido releks jer... tak terkocoh kacah sbb ari ni tak keje... tak keje sebab aku da berhenti kerja. semalam last day... kerja baru start minggu depan...

Setahun lebih aku kat company nih.. rasa mcm sekejap jer kan?.. tapi terpaksa jugak angkat kaki... tak sanggup rasanya nak 'memperjudikan' diri sambil mengenangkan nasib apa yg akan berlakun seterusnya... macam teruk je kan?? Yaa...memang pun. Gaji aku untuk bulan may entah bila nak masuk... poket pun da kering... masing2 kat opis tu da takde motivasi langsung nak kerja... datang keje, balik keje.. KOSONG! *Tetiba dgr suara najwa latiff* . Yang ada hanyalah update pasal gosip2 terkini.
Alhamdulillah, nasib aku baik dpt kuar dari sitttu utk memulakan sesuatu yg baru di tempat baru..

Walaupun cuma setahun lebih kat situ, rasa sedih jgk bila nak meninggalkan ofismate dan geng2 lunch aku... terkenang balik bila ktorg dgn selamba pegi tgk wayang time lunch, pegi warehouse sales crocs kat ikano, sales kat jusco, jalan2 kat ikea.. bila blk ada yg buat muka selamba, ada jgk yg cuak2... haha.. seronok2! time sekolah pun aku tak seotai nih...

So untuk geng2 lunch dan ofismate yg mungkin terbaca blog aku ni, aku nak ucapkan terima kasih byk sbb sudi menjadi rakan utk berkongsi mcm2 cerita di mesyuarat tingkap.. Dan jgk byk beri tunjuk ajar pasal kerja... Pasni mesti rinduuu kat korg.. Nanti kalo ada masa bole la kt jumpa lg yer...

Sunday, June 10, 2012

Novel: Cinta yang Kurasa


Tak pernah2 sepanjang berblog ni nak cerita pasal novel kan?? Nampak sgt aku ni bkn jenis suka membaca buku.. haha.. Kalo bkn buku pelajaran atau majalah2, takde nya aku rajin nak membaca di kala senggang.. Tak pernah pun bila tulis biodata kata hobi aku membaca buku.. Tapi setelah sekian lama, semalam tiba2 aku beli novel cinta.. haha.. antara faktor aku beli sbb semalam jalan2 kat the curve sambil teman husband gunting rambut, then macam takde benda nak dibeli.. Memandangkan aku ni kalo da jalan2 mesti tabiat nya wajib beli brg tak kesah apa pun, so aku pun decide beli je la novel nih.. haha.. mmg betul2 typical woman behavior...

Setelah pusing2 beberapa round kat area Novel Bahasa Melayu, aku pun belek2 dan jumpa novel ini: CINTA YANG KURASA hasil karya Anis Ayuni (glamer dia nih sbb aku penah baca novel dia tp tak ingat tajuk apa). Aku pun terus dgn yakinnya beli buku tu walaupun sebelum tu da pegang 1 novel Ramlee Awang Murshid. Aku letak balik novel RAM tu sebab rasanya belum bersedia utk membaca novel thriller setelah sekian lama tak baca novel..

So, semangat aku baca novel baru tu sebelum tido semalam.. Tapiii, baru 2 mukasurat, aku da tertido daa.. haha.. Eh2, bkn kata novel tu boring tau, aku nih yg da ngantuk sgt ditambah pula baca sambil baring.. Jadinya hari ni aku berazam utk sambung balik sekurang2 nya 1 chapter.. Nak jadikan bedtime story la konon2nya... hehe.. Nanti kalau rajin, aku bole buat review utk novel ni.. Diulang, KALAU rajin la.. haha..

p/s: faktor lain nak beli novel ni sbb beranggapan mana tau novel ni akan didramakan atau difilemkan spt novel Ombak Rindu/Bicara Hati yg pernah aku baca sebelum nih. *mode nak berlagak*

Friday, June 8, 2012

Kimi : 17 bulan

Hari ni genap umur Kimi 17 bulan.. lama da kan tak update pasal perkembangan Kimi nih.. Agak2 'berkembang' tak dia?? haha..

  • Berat dia last skali timbang time tu kat Petrosains (apahal la jauh benor nak g timbang??).. da 9.6kg tak silap.. berat gak papa & mama nak dukung... maklumla, kami ni slim jer.. hehe.. so sekarang ni memang selalu biar dia jalan sendiri.. tapi bila jalan sendiri.. eksen, taknak pimpin tangan.. bertuah btul.. yg penatnya mama & papa la kene kejar.. kadang2 semput jgk.. huh...

  • Da kenal byk benda... cat, bird, car, nose, eye, mouth, api= lampu(mana dia blaja ntah), air, tissue, ball, papa, mama..  tapi, ada yg dia reti sebut, ada yg tak... kalo cat tu, dia cuma buat bunyi meow jer.. susah ke nak sebut cat berbanding dgn ,meow??? ish2...

  • da pandai joget2 bila dgr lagu.. ni kesan dr pengajaran kat taska.. tp dia lagi suka tengok org lain buat dari dia buat sendiri.. punya la beria papa & mama dia ajar chicken dance, paling hebat pun dia cuma buat twinkle2 kat tgn, pastu bongkok sket.. isk2, kene tingkatkan pengajaran nih..

  • suka makan sendiri... tapi lambat btul nak abis.. last2 dia bosan, makan pun sket jer.. cet! so mama pun suap la, baru la laju sket.. hmmm....

  • Naik tangga da laju, bole mengimbangkan badan dgn baik.. tapi turun tangga lambat sikit... lagipun kat tangga apartment tu, takda pemegang tangga, so susah dia nak turun.. last2, dukung jer dia, cepat sket.. haha.. 
  • Da pandai panjat2.. panjat sofa, panjat katil, panjat kerusi.. tapi bila turun tu, kadang2 bederau jgk bila tgk.. huh, kuss semangat...

  • Masih setia dgn puting (pacifier).. oh my, oh my, bila la dia nak stop nih?? kadang2 time dia tgh lalai, aku cabut jer puting dia pastu sorokkan.. Kalau nak tidur, mmg tak sah kalo tak isap puting.. isk2.. kadang2 tu, bila dia isap tak bersungguh, mula la air liur meleleh membasahi tengkuk dia.. kalau org lain tengok sure geli jer dgn pandangan sebelah mata.. huhu... sampai kene letak bip..da mcm baby plak.. mungkin ni efek dari gigi yg blum abis tumbuh lagi kot.. 

  • Sekarang kat taska, Kimi da dinaikkan ke gred lebih tinggi... haha.. da mcm gred pegawai kerajaan pulak.. Kimi da masuk grup bukan bayi lagi.. kene duk tingkat atas plak.. grup ni ada lebih byk aktiviti.. termasuk mewarna, membaca... so far tak nampak plak kehebatan kimi setelah naik gred nih.. kita tunggu sebulan lagi yer.. mana tau dia bole membaca utk aku buku cerita?? *over giler expectation mama kimi*
  • Pasal kesihatan, alhamdulillah, da jarang2 dia demam/selsema/batuk... setelah beberapa bln baru skrg ni dia kene selsema dgn batuk sket.. mungkin antibodi da semakin kuat... semoga lebih kuat lagi di masa2 akan datang..



Wednesday, June 6, 2012

::HAPPY BIRTHDAY:: Sweet 27

Entry yg da beberapa hari tersimpan... baru skrg nak publish sbb baru dpt nak upload gambo.. 
 ...............................................................

27 wa cakap lu..... tua ke muda?? haha... depend la kan.. kalo tanya org lebih tua, diorg kata muda lg tuh.. kalo tanya org lebih muda.. mesti diorg kata da tua kerepot...  Birthday yg ke 27, takde yg spesel sgt pun.. tgk nombor tu pun mcm tak spesel kan... lain la umur 18 ker.. 21 ker.. 30 ker... nampak spesel sket... since hanya nombor biasa, maka celebration pun harusla biasa2 sahaja...

Utk tahun yg ke 27 nih, aku harap dpt menjalani kehidupan dgn lebih baik lagi... rezeki melimpah ruah... famili yg sihat dan ceria2 selalu... serta diberkati Allah... Dulu time muda2 mcm takde tujuan idup.. rasa aim cuma nak cari keje best2, dpt gaji byk2... tapi sekarang fikiran lebih matang... inginkan ketenangan hidup... ketenangan lahir dr keikhlasan hati beribadah dan juga melihat org sekeliling gembira...

Jom tgk gambo aku yg da berumur 27 taun nih... Ni time dinner kat Marche... Husband nak blanja, harusla kene pegi tpt mahal2.. hihi..

Berselindung di sebalik kimi...hehe..


Our main dish.. Mixed Grill.. Yummy!


Dekat pintu keluar Marche.. gembira sbb perut kenyang..


p/s: Sampai skrg masih tak dpt lg mkn kek birthday.. takde sapa yg sudi belikan.. huhu.. *mengharap ada yg sudi mendengar*


Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday: Smile while reading this

Just got this from this blog . I was smiling while reading this... something to share for breastfeeding mommies...











p/s: I love breastfeeding!!


Wednesday, May 16, 2012

Kota Kinabalu - Bulan Madu yg tertunda

Yeay!! Berjaya jgk menjejakkan kaki ke Sabah last week.. Begitu besar cabaran kami, sehingga tertinggal flight 2 taun lepas.. Habis punah harapan kami.. Tp kami tak putus asa.. Book lg tiket Air Asia... Akhirnya tercapai cita2... Walaupun bukan berdua.. tp still rasa puas..

Kimi da tak sabar nak naik flight.. merenung jauh...


Memandangkan masa cuma ada 3 hari jer, tak byk tempat pun yg ktorg pegi.. First destination is Muzium Sabah.. Apa ada kat situ?? errr...ada tulang ikan paus(tak silap aku) besar nak mampus.. mcm ala2 tulang dinosour dalam cerita Night At the Museum tuh.. (sorry, gambo takde sbb tak bole amik gambo kat dlm muzium).. then ada la salah silah negeri Sabah.. Sapa yg subjek Sejarah A+ sure suka masuk muzium nih.. Tak lama ktorg kat situ... sbb da nak tutup..

Dpt gambo kat luar jer.. tgh ujan time nih.. *ignore baju kimi yg seksi tu*

Lepas check in kat Cititel Hotel, ktorg g cari tpt mkn plak.. Tak tau nak makan mana, ktorg pegi la kat Tanjung Aru... Try la mkn seafood dia.. Bole tahan... tp harga dia lebih kurang kat KL jer.. Sbbkan da malam, tak dapat la nak jalan2 kat pantai kat situ..

 
Ni JE yg ktorg mkn....

Hari ke 2, pagi2 lg ktorg bersiap pegi ke Jesselton Point iaitu jeti utk ke Taman Tunku Abdul Rahman yg terdiri dari beberapa pulau-pulau kecil.  Ktorg breakfast kat situ sblm naik boat ke Pulau Manukan..
Sampai kat Pulau Manukan, agak terpesona dgn kehijauan dan kejernihan air dia.. bole nampak ikan2 berenang beramai2.. TAPIIII.. sedikit kecewa bila kat pantai dia terapung mcm2 sampah.. adoiii aiii.. sedih btul.. terpaksa cari port yg bersih sket.. baru berani nak mandi.. Bg aku best lagi pantai kat Pulau Pangkor kot.. 

Kat Jesselton Point.. *credit to Kimi's sunglasses*


Entrance Pulau Manukan


Tau tak kenapa kimi nangis?? Sebab takut pijak pasir... alahai, manja btul la... 

Balik drpd pulau, ktorg kemas2 utk check in kat hotel lain plak.. kat Sabah Oriental Hotel.. saje beralih angin la plak kan.. Lepas rehat2.. ktorg decide nak pegi ke Lok Kawi Wildlife Park.. iaitu lebih kurang 25km kot dr KK... agak jauh jgk... Malangnya, sbb kan da petang sgt, dan jauh plak rasanya, ktorg pun berpatah balik ke hotel.. Kecewa jugak sbb tak dapat pegi.. Lepas lepak2 kat hotel, ktorg pegi ke Tanjung Aru semula.. nak tgk sunset sambil nak belanja Mak Ucu mkn (tapi tetiba Mak Ucu plak yg belanja ktorg.. terbalik sudah)..

Sunset dekat Tanjung Aru...



Hari ke 3 dan terakhir, ktorg g shopping kat Pasar Filipina.... Tak byk yg ktorg beli.. Cuma cenderahati, brooch mutiara dan tak lupa ikan kering dan kuih cincin.. Mungkin disebabkan masa suntuk+gaji tak dpt lagi+malas nak angkut byk2, ktorg beli apa yg dan jer.. Jom layan gambar...

Pasar Filipina juga dikenali sebagai Pasar Kraftangan sbb mmg byk jual2 brg2 kraftangan mcm perhiasan mutiara, ukiran kayu, keychain dll

Nampak tak tukang jahit kat tepi2 tuh.. mmg kat sini sapa2 nak jahit jeans/seluar ker bole dtg sini.. yg menariknya, semua tukang jahit nih LELAKI dan agak berumur.. hebatkan??


Ni kat pasar ikan kering.. Selain kraftangan, mknan mcm ikan kering dan udang kering jg sgt femes utk dibawa pulang.. lg 1, kuih cincin tuh.. sedap wooo..

Ok, itu jer cerita kat KK... sebenarnya teringin sgt nak pegi ke kaki Gunung Kinabalu.. tapi jauhhhh sgt.. maybe next time la kan.. Anyway, happy sgt dpt bercuti2 kali nih... aku suka melihat tpt org.. bak kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas permandangan tapi abis duit di tangan..'  haha.. tak sabar for next trip.. ke mana plak yer??

p/s: letih travel ke KK tak hilang lg.. masih rasa sengal2 badan..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...