Irfhan 4 bulan sudah.. Tak byk kerenah. Tp sangat suka hisap jari. Skrg tgh tunggu bila la dia nak meniarap..
PaSt iS a hiStoRY, tOmorRow is a HoPE
...today is to be appreciated...
Saturday, February 15, 2014
Tuesday, December 24, 2013
Welcome 2014
Alahai...lg beberapa hari je lg nak masuk tahun baru 2014. Time flies. Aku pun da tak ingat apa azam aku taun 2013. Ntah tercapai ke tak...tup2 nak masuk tahun baru. Nampk sgt mcm takde wawasan. Hee...
Sblm masuk 2014, nak recap sket taun 2013 sblm nak ucap goodbye. Bagi aku taun 2013 tahun yg mendewasakan aku. Aku jd mcm matang sket... Ala2 mak2 gitu... Suka baca pasal parenting...suka tgk ceramah2 agama kat tv... Masterchef...drama2 melayu... What a typical malay housewife. Hehe... Selain tu aku jd mcm penyabar sikit... Kurang sket marah2 kat anak... Maybe sbb byk membaca pasal parenting..pasal motivational. Sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran aku.
Sebahagian besar taun 2013 aku adalah pengalaman mengandungkan irfhan. Rezeki yg sgt dinanti selepas 2 taun lebih planning. Alhamdulillah... Sempat mengandung dan melahirkan irfhan dlm setaun ni.
Dan disbbkan mengandung la aku terpaksa wean off kimi. Susah jgk...terpaksa melalui saat2 sedih, kesian, terharu.. Akhirnya berjaya jgk.. Sampai skrg rindu jgk waktu kimi still bf. Wpun da ada irfhan sambung bf. Sbb setiap anak lain2 pengalaman.
Cerita pasal keje pulak...taun 2013 ialah first time melalui waktu kene final audit dan year end closing sejak keje kat tpt baru ni. Alhamdulillah can get through.. Tak la stress yg melampau. Dan the best part bila dpt bonus. Da lama gilerr rasanya tak dpt bonus. Last masa dekat BDO. Itu pun dpt half mth je sbb prorate. Dgn duit bonus tu la dpt cover maternity checkup dgn cost bersalin...since bersalin normal, dpt jgk simpan duit extra beli sofa baru.. Hehe... Full leather tuu... Mmg sgt2 mengimpikan sofa baru.. (see..mak2 sgt kan bila part perabot)...
2013 jgk agak menyedihkan bila embah (nenek belah abah) meninggal pada umur 90+ tak silap. The one and only grandma yg tinggal.skrg da takde lg.huhu. So first time raya taun ni tanpa embah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditptkan di kalangan org2 yg beriman.
Ok cukup stakat ni. Segala yg berlaku ada hikmahnya. Looking forward for more challenging experience ahead. Semoga 2014 lebih baik dr taun2 sblmnya... InsyaAllah...
Tuesday, December 10, 2013
Irfhan Daniel : 2 months
11.12.13: Nice number.Yey!! Irfhan da genap 2 bulan. Maka dgn ini cuti panjang aku sudah tamat. How time flies. Da start keje da pun. Rasa mcm tak cukup je cuti 2 bulan... Drama2 tv yg hari2 aku follow pun tak habis lg.. *sigh*
Irfhan pulak da semakin semangat. Rutin harian pun da semakin teratur.. Tido, main, susu, pegi taska. Tak susah la nak jaga. Cant wait to see his smiling. Soon..its very soon...
Tuesday, November 19, 2013
Irfhan Daniel : 40 days
Yey!! Hari ni last day berpantang... bole la g jalan2 lepas ni.. Tak payah pakai bengkung lg, stokin dan param. Hehe...
Alhamdulillah... Irfhan pun da makin 'semangat'. Lenguh tgn dukung dia...berat masa dia 37ari (pegi enjet) 4.9kg. Mcm 1 kampet beras dah..
Bila anak mengembang, mak nya pulak beria nak 'mengecut'. Ada lg dlm 2-3kg lg nak turun ke berat bdn sblm bersalin. Breastfeed paaling membantu. Lepas pantang ni bole la nak bersenam (konon2). Harap dpt slim blk seperti dulu.hehe.
Ok, skrg tgh fikir nak makan kat mana mlm ni nak celebrate abis pantang... Ermmm.. Tu pun nak celebrate kan?? Haha.. Tak kesahla.. Reward diri sendiri.. Why not...
Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 30, 2013
My 2nd baby
Alhamdulillah.... Syukur atas kurniaan Allah...
11.10.13 jam 11.40 pg..aku slamat melahirkan anak ke-2 secara normal.. Berat sama mcm Kimi dulu. 3.2kg. Bersalin awal 1mggu.
Skrg da hari ke 20 berpantang... Berat baby pun da 4kg... Alhamdulillah skali lg dpt breastfeed dan dikurniakan susu yg byk.. Harap dpt continue bf sampai 2 taun.
Ktorg bg nama Irfhan Daniel. Maksud Irfhan : bijaksana. Daniel : nama nabi yg bermaksud ALlah itu hakim ku . Semoga menjadi anak yg bijaksana dan sentiasa mengingati Allah..
Sunday, February 17, 2013
Syukur kerana bertambah "Rezeki"
Hehe.. Lama da tak jumpa kan?? Rindu btul nak tulis blog.. Kadang2 masa tak mengizinkan.. kadang2 malas.. hehe...
Mesti bila baca tajuk blog tu.. tertanya2 'Rezeki' apakah tu??
Alhamdulillah... rezeki yg diharap2kan akhirnya dimakbulkan juga...
Pagi semalam aku buat pregnancy test.. dan inilah hasilnya........
Tak sangka... tanpa apa2 tanda... tetiba jer dapat "double line" ni.. Fuhhh... Happy sgt2 bila tgk test kit tu...
Tapi at the same time.. risau.. sbb kimi still breastfeed lg... Mmg ada plan nak wean off secara naturally... tp skrg ni nampaknya kene la drastik sikit.. huhu...
"Kimi, sorry eh.. Kimi da big boy.. Tak bole minum susu mama... **tek mama sakit.. huuuuu"
Tula dialog yg slalu aku cakap kat kimi skrg ni.. Sedih woooo.... tp kene cekalkan hati jgk.. Tgk sebulan nanti macam mana.. berjaya ke tak.. huhu...